Bila Anda Marah?



Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri.



Langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepaskan kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2. Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3. Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4. Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5. Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6. Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7. Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8. Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 29, 2010

14 Komen:

  1. Salam Zul..

    Cepat lah dapat darah tinggi jika selalu tak dapat mengawal kemarahan ini..

    Terkini : 1.2 juta komputer riba diagih percuma

    BalasPadam
  2. salam zul,
    t kasih. keknyer koi rse kerap ngat tjadi, n3 yg koi nk buat, itulah yg aok buat dulu. kita kembor blainan mok, bbeza ayoh gamoknyer yak :)

    BalasPadam
  3. Salam...

    aok kembor piewahid yek...
    kala aok maroh msti dia pun maroh gek...
    koi kembor Julia Roberts.. ;p

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama29 Mei, 2010

    salam zul..terima kasih share n3 ni..boleh diingatkan petua2 ni kalau mak cik sedang marah..kirim salam pada uztazah ya..

    BalasPadam
  5. salam Bro Zul
    sifat sabar amat mulia
    orang penyabar tinggi darjatnya
    namun suatu hal yang pasti
    sabar itu susah dimiliki
    sabar itu senang pergi
    dan hanya Ilahi
    maha mengerti
    kesukaran,
    kesakitan,
    kepayahan
    kesmpitan perasaan,
    kemiskinan,
    ketakutan
    .................

    BalasPadam
  6. bila rasa nak marah, duduk, tak hilang lagi, baring..

    BalasPadam
  7. marah........amarah........darah.........parah.......

    BalasPadam
  8. mak saya kata selalu baca selawat boleh menyejukkan hati yang panas

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama29 Mei, 2010

    salam..
    nice entri..
    jom bace ni

    http://tintaislah.blogspot.com/2010/04/paku-didinding-hatimu.html

    =)

    BalasPadam
  10. salam,

    teringat dua cara kawal marah ubah posisi ketika marah tu kalau berdiri bawak la duduk dan lepas tu sebaiknya ambil wuduk insya-Allah redalah nanti..

    BalasPadam
  11. selain dari tu nak kawal marah ni..jerit kuat2--cari la tempat yg sesuai utk menjerit tu, luahkan semua...yg ter afdhal ialah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat...inyaallah reda marah tu...

    BalasPadam
  12. ┌─┐ ─┐
    │▒│ /▒/
    │▒│/▒/
    │▒ /▒/─┬─┐
    │▒│▒|▒│▒│
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    └┐▒▒▒▒┌
    Peace no war...
    Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
    Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..

    Misi KeAmanan dari kami…
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Weehhh sorry beb lama betul gua tak datang ziarah... Bussy sikit lah...

    jangan biarkan diri kita dikawal emosi tak rasional akibat kemarahan menguasai diri... nanti merana diri.... marah itu puncanya dari api maka sejukkan ngan berwuduk selalu.. Insya Allah

    BalasPadam
  13. salam akhi Zul...

    terima kasih info manfaat tu , maklum ler kadang2 syaitan tu nk cuba sedaya upaya jadi tanduk atas kepala kita...

    BalasPadam
  14. salam sejahtera..
    bagus entry ni.. suke baca sebab saya ni boleh tahan pemarah juga orangnya.. sekarang tengah cuba mengawal

    BalasPadam