Apa Kata Anda Jika Kerajaan Tarik Balik SUBSIDI?




Salam aok me..? Terbentang megah banner di SURIA K.L.C.C menyatakan kerajaan akan mengadakan satu pungutan suara mengenai hasrat kerajaan untuk menarik balik pemberian subsidi yang selama ini di berikan kepada rakyat pada masa hadapan.

Untuk pengetahuan semua subsidi berjumlah RM 74 Billion telah dikeluarkan pada tahun 2009.Buat anda sekalian cuba kita renung semula apakah subsidi yang selama ini kerajaan telah berikan pada rakyat? Dalam bentuk apa? Pungutan suara juga boleh di lakukan secara online di





Sepengetahuan koi antara subsidinya ialah:
  1. Barangan asas pengguna seperti gula,tepung,minyak masak dan sebagainya.
  2. Petrol yang kerajaan perlahan-lahan tarik balik yang kita tak perasan.
  3. Air dan elektrik.

Itu yang koi perasan antara subsidi yang selama ini di berikan kepada rakyat..sebenarnya banyak lagi..mungkin kalian semua lebih arif..persoalannya sekarang..sudahkan anda semua bersedia untuk hidup bersaing tanpa bantuan subsidi dari kerajaan ini? Yang mana mengikut perancangan wang tersebut akan di gunakan untuk pembangunan negara. Tepuk dada tanya akal bijakmu sahabatku sekalian..
Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 25, 2010

60 Komen:

  1. erkk?? hmm kena berjimat cermat dan usaha keras ..ada baiknya juga kerana kita ter'motivasi' utk kerja lebih keras..tp dalam masa yang sama, utk golongan yang pendapatan rendah, mungkin agak sukar..so maybe slowly stage by stage at least everyone is ready

    BalasPadam
  2. @Hana Picca

    terima kasih..
    koi agak setuju
    tapi bagaimana
    yang lain??

    BalasPadam
  3. Tanpa subsidi..sakitlah rakyat. rata-rata org kita bukan senang mana.. tidak mampu nak bersaing dalam byk perkara.

    Sayang anak dipukul2 sayang isteri di tegur2 sayang kepada rakyat disubsidikan...tak gitu?

    BalasPadam
  4. jawabnya...pilihanraya ke 13 nanti, lingkup le kerajaan sekarang wehhh. Almaklum le dah jadi budaya jaman berjaman...

    BalasPadam
  5. @Cikgu Jang ..

    ada pengaruhnya nanti
    sudah tentu pembangkang
    akan guna isu ini
    seluasnya..

    BalasPadam
  6. terlalu banyak subsidi akan jadikan masyarakat kita ni masyarakat yg subsisi tegar.. sikit2 nak subsidi.. hmm tapi CP setuju lah dgn subsidi ni hehe.. kalau tak, merana gak idup huhu..

    BalasPadam
  7. kalau ditarik balik semua subsidi...bertambah susah ler orang2 yg pendapatan rm600 kebawah (contoh : pengawal keselamatan,perkerja warung2 dll)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama24 Mei, 2010

    test jek tu ...
    suh rakyat pikir bahwa kerajaan de bagi subsidi..
    kot ade yg da lupe bahwa kita idup atas subsidi..
    bab subsidi kerajaan ni.. pada teman bagi ke tak bagi ke.. teman tak penah nak persoalkan.. itu sumer cerita dunia.. yang teman nak tanye balik.. korang heboh tak pasal subsidi yg da ALLAH bagi kat kita.. patut bab subsidi dari ALLAH itu yg kita takut.. kerajaan nak tarik subsidi sikit teman tak heran.. tapi kalu ALLAH tarik subsidi DIA.. x yah jawap la....
    korang da beso panjang.. lu pikir la sendiri...

    BalasPadam
  9. alamak duit tade dah huhuhu (◕‿◕)

    BalasPadam
  10. salam,

    Kalau nak tarik juga subsidi sebaiknya mesti ada mekanisme yang tak susahkan rakyat berpendapatan rendah..

    banner tu pun macam ada tujuan tersurat dan tersirat, benarlah yang tersuratnya kerajaan boleh dapat maklumbalas secara menyeluruh tetapi yang tersiratnya.. tak boleh cerita sebab saya keje gomen hehe..

    BalasPadam
  11. salam..
    kalau camtu, perkara lain juga kenala titikberatkan..dah subsidi ditarik, gaji kerajaan pun kena la naik kan.. baru seimbang :)

    BalasPadam
  12. @Tanpa Nama

    salam saudara
    terima kasih sudi komen
    amat di hargai..

    BalasPadam
  13. tak kisah jika yang ditarik digunakan kembali untuk rakyat...

    BalasPadam
  14. salam awal pagi,
    mungkin juga akan membawa kepada satu kejutan kepada anggota masyarakat kalau tidak diterangkan dengan jelas

    BalasPadam
  15. SALAM SEJAHTERA...
    kalau subsidi ditarik balik.. kesian kat para pesara.. nak makan roti pun mahal...

    BalasPadam
  16. salam zul,
    rasanya kerajaan perlulah rasional dalam setiap perancangan dan tindakan, apa saja tujuannya hendaklah mengambilkira keperluan semua lapisan masyarakat. Si kaya mungkin tak peduli tapi si miskin sangat bergantung padanya...

    BalasPadam
  17. makin susah malaysia skarang..ini punca orang main seludup2 gula dan sebagainye..akhirnya rugi negara kita sendiri..

    New Entry Pawaka19 Dot Com
    "Pemulihan Dara,apabila sudah ditebuk tupai? "

    BalasPadam
  18. salam ziarah..
    tak salah nak tarik subsidi, tp sl0w2 la..
    ikut kemampuan rakyat.. nak bangunkan negara, banyak lagi yG ley ditarik..dibuat..
    jaga ketelusan, elak keciciran & pembaziran..

    BalasPadam
  19. kek ekonomi, kata pensyarah koi.......seelok2nya gaji menteri pon kena potong sampai 99% kakakakakaka...........elok sama2 berjimat!

    BalasPadam
  20. Salam Zul ..

    Tak setuju ..

    Terutama barang keperluan asas..

    BalasPadam
  21. Salam dari kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    sorry agak tertinggal entry ko lah ... aku sibuk sikit sekarang... ni ade free masa sikit aku layan blog ko sorry ye...

    masih lagi nak pakai subsidi... kita jangan ingat dirikita aje ramai yang aamat memerlukan subsidi...terutama minyak petrol dan deasel ingat kalau dah tak ade subsidi suatu hari nanti kereta motor tak bergeraklah jawabnya... bagi aku subsidi gunanya mengurangkan jumlah infasi terhadap barangan dari terus melambung naik

    BalasPadam
  22. da jd kebiasaan rakyat mendapat subsidi...

    payoh ckit le koi rs..

    BalasPadam
  23. salam zul

    teruk sangat ke kalau di teruskankan semua subsidi tu kata rakyat didahulukan..

    jgn che'abe tarik subsidi dia kat kite sudah..hehe

    BalasPadam
  24. i'm no wizard in economy
    tp, rasanya...
    some of us will suffer kalu subsidi tu ditarik balik.
    sdgkan ada subsidi pun gaya teruk sgt
    juz can't imagine if we don't have'em.

    BalasPadam
  25. bukan namanya kerajaan jika tiada subsidi..sebab itu YAB PM nak jadikan negara kita ini negara berpendapatan tinggi dengan menaikkan semua gaji penjawat awam dan swasta dan dlm masa yg sama beransur2 menghapuskan subsidi..:-)

    BalasPadam
  26. mula2 orang memang akan bising sebab ditarik balik subsidi tue... tapi lama2 tak la kot...

    mungkin sebab dh tukar kerajaan.... hehehe

    BalasPadam
  27. salam zul..terlewat skit nak komen sbb kt rumah berokband ngalahkan siput sedut..
    rasanya buat masa ni kalau krjaan nak tarik balik kebnyakan rakyat blm bersedia terutama kaum melayu kita..apapun mesti ada sbb tujuan pungutan suara tu di buat.

    BalasPadam
  28. try la tengok tarik...lepas ni kami tak pangkah dah.....

    BalasPadam
  29. tarik la sabsidi te. guna duit te naikkan gaji molek juge. hehee

    BalasPadam
  30. Biarlah kerajaan ini tarik balik Subsidi..kita tukar kerajaan yang baru pula..heh heh!

    Kita tengok mana satu kerajaan yang terer..

    BalasPadam
  31. Habis...... subsidi berbillion yang akan ditarik tu nak letak kat mana pulak ye?

    :)

    BalasPadam
  32. salam...
    koi setuju kalau subsidi yg hanya menguntungkan org kaya dan ahli perniagaan ditarik tapi subsidi yang bermanfaat golongan marhaen hendaklah dikekalkan...contohnye subsidi perubatan..

    BalasPadam
  33. Subsidi...ermmm..koi rase isu ni dari dulu lagi..kalau nak tarik disebabkan utk pembangunan tak semua rakyat mampu menikmatinya....dah tentu harga barang akan naik...kalau pembangunan dibuat tak semua orang mampu milikinya....yang hanya mampu nikmati mereka yang membangunkan dan mereka yang memilikinya....jadi bagi aku tak adillah...bagi aku adilnya...biarlah subsidi diteruskan tetapi utk golongan bawahan & pertengahan..manakala Golongan atas hidup tanpa subsidi...ada bran???

    BalasPadam
  34. harap jangan tarik

    subsidi dapat dinikmati oleh semua sedangkan bila ditarik dan wang digunakan untuk pembangunan lain, tidak semua rakyat menikmatinya [hanya mengikut kawasan]

    BalasPadam
  35. kalau betul2 kerajaan nak buat, kenalah terima...
    kenalah berjimat2....

    tp pasni jgn la naik kan gaji org kerajaan ...camner plak yg keje sektor swasta.. ;)

    BalasPadam
  36. salam,
    hahhah

    koi setuju ngan relevan sokmo
    biar la kerejaan BN tarik
    kita tuko kerajaan baru plak
    kerajaan PAS
    tengok, mana lagi okay
    huwaaaaaaaaaaaa....

    PS:
    naik kan dulu gaji koi
    tapi camana lak dgn rakyat yg kerja2 kampong dan pendapatan rendah?
    jawab la kerajaan BN ya
    huhu

    BalasPadam
  37. Banner tu nak tunjuk kerajaan baik,kalau ada PRU/PRK pangkahlah BN.Macam dia sorang saja yang pandai perentah.Mugabe di Afreka nun beri sabsidi juga.........

    BalasPadam
  38. @aki net

    salam aki..
    terima kasih komen anda
    moga membuka mata kerajaan

    BalasPadam
  39. @blueCITY®

    blueCITY..
    deme nak survey jer
    dulu.."ricky" cam askar dalam hutan
    tengok respon rakyat..he he
    rasanya ramai yang tak setuju

    BalasPadam
  40. @zella y

    alahai kesiannya
    saya kerja swasta
    hu hu hu(nangis)

    BalasPadam
  41. @tehr

    itulah..
    takut tak sampai
    kat sasarannya
    lagi susah bertambah susah
    kena perancangan yang teliti

    BalasPadam
  42. @IDEAlogyc Admin:Al-Hadi

    ada logiknya tu
    kena sasarkan golongan yang mana
    kerajaan nak tarik balik subsidi

    BalasPadam
  43. @Cik SHiN~JU

    dah swasta semua
    jenuh nak beli
    medical insurance
    la pulak yek?
    tak semua yang mampu..
    kalau nak buat biar
    dari dulu lagi

    BalasPadam
  44. @relevan

    ha ha..
    point pembangkang tu

    BalasPadam
  45. @Nerzhul

    kakitangan kerajaan je
    goner yang swasta..mboh ke
    boss swasta ikut?

    BalasPadam
  46. @ozzy

    rasanya tuju kat semua kaum ozzy..
    koi tak kesah baik melayu india atau cina..janji orang susah di utamakan
    kepentingan mereka..nak makan pun susah..ni nak naik semua harga barang kalau subsidi tak de..dah tentu para peniaga naikkan harga..

    BalasPadam
  47. @maslinamansor

    ha ha..
    point pembangkang ni..
    kita tunggu...
    rasanya molek gak.

    BalasPadam
  48. @sahromnasrudin

    kalau betul begitu
    kita lihat..harap tak
    batuk di tepi tangga jer
    sebab ni melibatkan kebajikan
    rakyat..

    BalasPadam
  49. @makcik.shima

    memang di luar jangkaan
    ukhti..moga, kalau lah jadi
    rakyat mampu berdikari dan
    bersaing..

    BalasPadam
  50. @Datin El
    Dato tak de hal punya Datin..
    he he..

    BalasPadam
  51. @Mazru Majid

    payohh..
    memang susah nak menyakinkan
    orang ramai..kerajaan kena buktikan dulu.

    BalasPadam
  52. @Afzainizam

    ada benarnya
    pandangan saudara ni
    saya sokong..tapi
    sampai bila agaknya?

    BalasPadam
  53. @LiNda

    kalau abang you naik gaji
    RM 2K goner..setuju tak?
    he he..

    BalasPadam
  54. @Azrai Ahmad Zamri

    yang tak telus tu yang menakutkan
    sebab ini melibatkan berbilion RM
    takut lanun dalaman byk pulak..haru rakyat nanti..

    BalasPadam
  55. Terima kasih..
    pada anda semua yang sudi meninggalkan
    komen yang bernas dan boleh dijadikan
    panduan..manalah tahu blog ni di masuki
    oleh orang kerajaan yang nak tahu pandangan
    rakyat marhaen..setidaknya ada juga di sini
    moga kita semua mendapat faedah dari apa yang
    di rancangkan kerajaan..baik pro dan kontra..
    ini pandangan individu..kita rakyat negara merdeka..biarlah kita menikmati hasil bumi merdeka kita ini..

    BalasPadam
  56. @aRoL

    hazrul..
    golongan sasaran itu penting
    rasanya ekonomi dan taraf hidup
    rakyat malaysia tidaklah semewah mana..
    beza taraf hidup tetap ketara sekarang ini..penilaian yang tepat
    perlu ada..kerajaan perlu turun padang..lihat kesusahan rakyat bawahan.

    BalasPadam