Anda Pernah Kena Tak?






Salam aok me.? koi nak kongsi sikit apa yang terjadi pada blog koi sehari dua ni berkenaan dengan spam atau virus yang koi dah jumpa puncanya...pada mulanya koi hairan juga kenapa lambat jer blog koi nak loading..bila loading jer dengan tiba-tiba keluar bunyi radio..koi pasti bunyi radio sebab kadang kala ada azan kedengaran..kalau MP3 tak mungkin ada azan.

Dalam 2 hari sahaja sebab koi selalu tinggal lama di blog koi jadi penggunaan MB broadband koi bertambah secara mendadak dan melebihi had yang di beri sebulan 5 GB..koi baru top up jer..bolehlah laju sikit perjalanan broadband koi ini..ini kerana penggunaan radio online yang koi tak tahu puncanya sebelum ini..jenuh koi periksa setiap widget yang koi gunakan..koi buang dan koi masukkan balik jika bukan menjadi puncanya.

Akhirnya koi jumpa..berpunca dari link sebuah laman web yang koi menjadi ahlinya..tak tahu macam mana jadi begitu..buat masa sekarang koi terpaksa buang dahulu link ke blog ini..koi akan masukkan semula jika keadaan mengizinkan dan koi tetap berterima kasih pada blog ini yang sedikit sebanyak ada membantu dalam mempromosi blog koi.
Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 18, 2010

27 Komen:

  1. Salam zul nok tahu juga punca drp mana...sebab kadang blog kawan jadi juge gitu puas dah kawan cari penyumbangnya... keknya tak jumpe..mmg tidak dinafikan ada blog rodong yg menyumbang virus drp widget tertentu kalau kawan jumpe lama dah kawan buangkan..Tq berkongsi maklumat.

    BalasPadam
  2. salam zul.
    ziarah aok. alhamdulillah stakat ni koi xkena lagi gitu. pe2pun molek amat info aok ni. tq

    BalasPadam
  3. kadang widget2 ni perlu streaming sesuatu, secara otomatiknya dia akan melambatkan loading page

    BalasPadam
  4. salam
    widget2 yang ada bunyi memang saya tak suka

    blog kawan2 yang sediakan lagu latar, ikhlas saya cakap, saya singgah juga tapi sekejap sahaja

    BalasPadam
  5. Macam mana nak detect dtgnya dari mana??

    BalasPadam
  6. saya tak pulak pernah kena masalah macam tu. banyak masalah terjadi sebelum ini kerana kegatalan tangan sendiri. hehe

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama18 Mei, 2010

    salam zul..ada juga pernah makcik pergi ke blog ni n ada masuk tesyen radio nasyid.. yg macam tu kena berhati2 ke zul..makcik tak faham benda2 macam ni..

    BalasPadam
  8. salam,
    mas tak pernah kena lagi.

    BalasPadam
  9. salam zul,
    so far makcik x pernah kena lagi cenggini.
    thanks for the info.

    BalasPadam
  10. uiks, sampai camtu sekali, dasat itu virus, hehehe! tapi ieda tak pernah kena lagi, cuma yang ieda pernah kena, ada 1 blog kalau buka terus jadi homepage! adoi...memang terus buang dia dari list, uhuhuh!

    BalasPadam
  11. lum jadi lagi..huhuh..bahaya gak klu terjadi kan..ape tips nak mengelakannya?

    BalasPadam
  12. x pernah kene lak, tp virus tu mmg slalu gak kene.. x pernah cr puncanya..

    BalasPadam
  13. huh! sbb radio online ker? la.. jahat btol dia tu sape tu uncle??? blogger gak ker??

    BalasPadam
  14. Ilmu aok tu memang berguna sangat. Tq

    BalasPadam
  15. salam akhi Zul...

    blog ummi ni pun selalu kena ganggu dgn virus pe menda ntah ... kalu mudarat nanti baru le nk minta tlg hubby ummi tgk kan.

    BalasPadam
  16. salam,
    elokler berkongsi tapi hok mana satu puncanya, koi pun nok tau juga...

    BalasPadam
  17. salam
    encik zul... tau tak pe... benda alah tu bermasalah la... kt blog sy pon da buang... huhu... semak pun semak gak sebenarnya... hahaha

    BalasPadam
  18. salam zul...masalah tue berpunca dari blog orang tue ker?...kenapa yer?...pelik juga nie..

    BalasPadam
  19. salam uncle.
    tak tahu pula ada masalah macam ni.
    agak leceh, dan ambil masa nak baiki.

    BalasPadam
  20. salam

    nasib baik dapat detect puncanya,
    kalau x, takdapat nak mengomen kat blog ni lagi...ngeh ngeh

    BalasPadam
  21. salam sejahtera..
    patutlah selama ni saya buka blog bang zul lambat nak loading.. saya ingat saya punya internet yang lembab sebab bila saya check kat bawah nie blog bang zul ni bawah dari 100kb sepatutnya tak berat bila nak loading...

    Dulu saya pun pernah kena..
    saya syak blog saya kena spam bila Live traffic feed (FEEDJIT) mention saya dari kota kinabalu. Memanglah tak masuk akal, saya kan dari KL. Lepas tu keluar iklan dari tweeter tue..
    Saya pun buang semua widget pada mulanya..
    akhirny saya dapat kesan spam tu dari visitor counter.. bila dah buang.. semuanya setel..

    BalasPadam
  22. salam,

    pernah dengar masalah ni..

    BalasPadam
  23. Owh ya.. lagi 1 lupa nak cakap..
    kawan saya ada pesan dulu..
    katanya kat saya..
    Hati-hati dengan widget yang minta email dan password.. kerana dari cara itulah mereka boleh login blog kita sesuka hati ataupun menghantar email sampah kat kita..

    haih macam2 cara orang yang "terlampau bijak" nie... sekarang saya pun dah mula berhati-hati..

    BalasPadam
  24. Satu perkongsian menarik...

    BalasPadam
  25. salam..
    em tu sebab blog ni jadi slow yek. hehe
    so kena berhati2 la, lagi satu, widget pun kena tengok juga. kadang2 ada widget yang letak iklan diorang sekali, iklan entah ape ntah.. :)

    BalasPadam
  26. Salam Zul..blog kawan pun kene ni..ntah benda2 masuk kat item remaining ter..mau rasa kawan pulas2 je..

    BalasPadam
  27. Salam...
    tq bg info berguna kat rodong2..
    nt kalau ade prob camni senang la nak cari punca..

    BalasPadam