Shukran Alhamdulillah..



Salam aok me..? Koi mengikuti juga kes budak-budak sekolah pondok yang bermotosikal dengan hanya berserban sahaja dan di saman oleh pihak berkuasa..alhamdulillah semalam kebenaran telah terserlah..terima kasih kepada hakim yang menggunakan kebijaksaannya..kes ini akan menjadi rujukan untuk generasi akan datang..berserban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW..

"Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah"

"Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang."



LIMA pelajar Sekolah Pondok Gelang Mas yang disaman kerana tidak memakai topi keledar, membaca doa setelah dilepaskan dan di bebaskan oleh Majistret di Mahkamah Majistret Tumpat, hari ini. - Foto Fathil Asri
Apr 22, 2010 6:32 pm


5 pelajar pondok pakai serban bebas


22/04/2010 3:29pm

TUMPAT – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.

Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.

: Bernama

SUMBER KOSMO


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 23, 2010

26 Komen:

  1. salam sahabat, alhamdulillah akhirnya berakhir jua satu kes yg ada implikasi besar sebenarnya tentang definisi istilah 'lebai' dalam akta tersebut.

    BalasPadam
  2. salam ziarah..
    hmM..act ada segmen pGecualian dlm undang2 ini..malah bekas menteri bertanggungjawab mGakui akan lacuna (kek0songan) yG timbul tika mGgubal undang2 berkenaan pemakaian topi keledar ini lama dahulu..try teng0k sikh yG 'berserban' naik m0tor, ada yG kena tahan?

    BalasPadam
  3. salam sejahtera..

    pemakaian helmet adalah untuk keselamatan pembawa motosikal...

    BalasPadam
  4. nak tambah lagi..
    tapi undang-undang pun fleksibel..
    macam kat kawasan rumah saya..
    pakcik-pakcik pergi ke masjid naik motor pakai serban, kopiah.. tak pernah kena saman pun..

    samalah situasi ketika orang solat jumaat..
    kereta parking merata-rata..
    tak pernah pun kena saman..
    sampaikan cha ya nun alif tak puas hati taw..
    saya dengar dengan telinga sendiri.
    dorang duk mengata dan mempertikai..
    masa tu dalam bas..
    sakitnya hati...... rasa nak jerit aja kat dorang masa tu..

    BalasPadam
  5. salam...

    Alhamdulillah..
    Allah bersama2 org2 yg menegakkan kebenaran

    BalasPadam
  6. alhamdullilah..tak ramai org pakai serbab kalau bawak motor bese geng serban ini tak nyusahkan org berbanding geng bertopi mahal tu..hehehe..

    BalasPadam
  7. Salam...
    mcm kata Ann,
    pemakaian helmet adlh utk tujuan keselamatan...
    pakai serban ikut sunnah,Alhamdulillah jika ada yg amalkan sunnah nabi...tp klu xcdent nt selamat ker? Ape kata mase bwk motor pkai helmet,bila dh smpai nt pkai la serban smula..
    huhuhu...larikkkkkkkkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..Cik Shinju
      yg menjaga keselamatan itu ALLAH SWT
      mudarat dn manfaat smuany dtg dr ALLAH SWT
      xperlu risau kalau excdent..
      smua ALLAH dh tntukn ajal
      pakai serban ke, helmet ke,topi koboi ke..
      ajal dh sampai mati jugak..ajal xsmpai hdup lg..
      kalo excdent pun..lg bgus excdent berserban dr excdent berhelmet..
      mati dlm ikut sunnah Rasulullah SAW..
      kn baik..:)

      p/s: baru blaja2 amal sunnah..hehheh

      Padam
  8. Subhanallah..

    Dan saya rasa berapa ramai orang yang akan di tangkap semasa pergi dan balik dari sembahyang Jumaat.Tak cukup sel penjara kot nanti...

    BalasPadam
  9. Tahniah pada yang menyaman....Tahniah sangat...Memang Bodoh dan Bangang...


    Pelajar pondok pakai serban kau saman...Tapi sigh yang dok merempit kat KL ni xde pulak kau saman ye.

    BalasPadam
  10. knp nk saman plak...
    kaum sikh yg pkai serban tu xkena saman kn...

    ape2 pn alhamdulillah...

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama23 April, 2010

    salam zul..alhamdulillah selesailah satu kes yg mendapat perhatian ramai..yalah ramai yg nak dengar sebab kalau berserban kena tangkap, yg berturban pula tak kena tangkap..seban n turban kan dua2nya kain..bukan helmet..apa2 pun syukur..hakim yg bijak ..

    BalasPadam
  12. salam cik zul
    alhamdulillah.. Tuhan membantu hambaNYa yang mengamalkan sunah dan syariat..mudah2an semuanya jelas dan jadi pengajaran

    BalasPadam
  13. entahlah..bila manusia yg membuat undang2..yg tebaik dr Allah shj..

    BalasPadam
  14. alhamdulilah bebas jgk dorg...

    BalasPadam
  15. muga ISLAM tertegak jua kelak..

    BalasPadam
  16. Lama dah kes ini berlaku ...

    Akhirnya keputusan telah diputuskan .

    BalasPadam
  17. salam zul,
    molek la...
    patutnya xjdi isu pun!

    BalasPadam
  18. nak g sembahyang jumaat kena pakai helmet gak ker? huhu

    BalasPadam
  19. hakim yang membicarakan kes ni mungkin sukar naik pangkat kot.....

    balik solat jenazah pula tu disaman...
    di kelantan pula tu...

    kalau polis yang tukang saman dan pegawai yg arahkan tu mati tak payah pergila solat jenazah mereka, suruh mat rempit jadi imam mereka.

    BalasPadam
  20. PAkai serban bawa motor tak per..ngape jadi gitu..

    BalasPadam
  21. amin..
    alhamdulillah...

    semakin benci dan meluat dengan undang2 yg konon2nya negaraku malaysia negara islam tetapi?

    kaum sikh yg berserban dikatakan alim kerana mengamalkan agamanya?
    bila islam memakai pakaian sunnah nabi muhammad saw?

    teringat pula tahun dimana pekerja2 kerajaan lelaki tidak dibenar pakai serban malah kupiah ke pejabat, pelik...

    kenapa tak haramkan perempuan yg tak menutup aurat? yg berskirt pendek?

    sorri, teremo la pulak,
    hohoho...

    jom sokong bulan,
    ekekekek...
    =p

    BalasPadam
  22. Salam Bro
    alhamdulillah

    BalasPadam
  23. salam EnZul.mungkin ada pertikaian antara mereka berdua,lalu si polis ini mengambil tindakan menyaman.rs sy majoriti polis samada islam @ bkn islam tahu ttg pengecualian/keistimewaan ini.tp,x ppt juga,kerana yg menyaman ini adalah anggota polis melayu.dan dia telah menjatuhkan maruah pemakaian sunnah nabi.pttnya kes ini boleh diselesaikan secara baik,sy rs pegawai kpd anggota pilis ini tidak memainkan peranan utk meredakan keadaan.lebih2 lagi ia berlaku di negeri kelantan.ttp isu ini dan isu pelajar sekolah yg dibuang sekolah di seremban akibat memakai serban juga ada hikmah.ia menguji sejauh mana sistem perundangan menobatkan Islam sbg agama rasmi,dan hak2 mengamalkan prinsip agama.ptt rakyat boleh lihat pd skop yg lebih luas,bagaimama kerajaan meletakkan kedudukan islam.ttp yg menyedihkan sy kebanyakkan rakyat masih melihat kerajaan ini 'maksum'takut menegur apa2 yg dirasakan bercanggah dgn acuan agama.takut dilabel anti kerajaan,tidak tahu bersyukur dll.padahal yg yg mungkin kita utarakan adalah utk kebaikan bersama.kerana kepimpinan mungkin bertukar ttp rakyat masih sama

    BalasPadam
  24. Sapa mempertikai sunnah Rasulullah adalah bengong.. bodoh nak mampos, suruh belajar agama tak mau belajar.. jangan kata mana2 sunnah Rasulullah tu kecil! Setiap satunya memberi suatu kebaikan yg besar!

    Antaranya kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq tertinggal satu sunnah, lalu bertanya kepada isteri Rasulullah iaitu Siti Aisyah, apakah sunnah yg belum beliau (Saidina Abu Bakar) belum lakukan (setelah baginda wafat)?

    Lalu Siti Aisyah beritau bahawa Rasulullah selalu bagi makan kepada seorang tua yahudi yg buta. Bila Saidina Abu Bakar beri makan kpd org tua yahudi yg buta itu, lalu dia kata anda bukan org yg selalu suap aku makan kerana yg selalu suap biasanya menghancurkan makanan tu dahulu sebelum menyuapkannya.

    Lalu Saidina Abu Bakar pun menangis lalu berkata memang benar.. dan berkata bahawa yg selalu menyuapkan org tua buta itu ialah Baginda Rasulullah s.a.w. Lalu org tua tu pun terus menangis juga dan terus mengucap dua kalimah syahadah.. Org tua tu selalu berkata pada Rasul bahawa la ni ada org bawak agama baru, namanya Muhammad, jangan ikut dia.. walaupun begitu Rasul tetap membisu dan tetap memberinya makan..

    Allahu Akhbar.. besarnya sunnah! Boleh memberi hidayat kepada org tua yahudi tersebut! So jangan perlekeh sunnah Rasulullah tau!

    BalasPadam