Gambar Hiasan Ehsan GOOGLE
Pelajar kolej maut cuba lari ikut tingkap rumah teman wanita
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah maksiat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Bagaimanapun, pemuda itu dipercayai tergelincir ketika cuba meniti tembok luar bangunan yang licin sebelum terjatuh dan mayatnya ditemui terperosok dalam longkang di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pelajar terbabit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan. “Berdasarkan keterangan pegawai (Jais) terbabit, mereka melakukan serbuan ke rumah itu selepas mendapat maklumat ada aktiviti maksiat di situ. Bagaimanapun, ketika mengetuk pintu rumah berkenaan, mereka terdengar bunyi seperti objek jatuh. “Pintu kemudian dibuka seorang gadis Melayu, dipercayai teman wanita mangsa dan didapati tingkap rumah itu terbuka.
Curiga dengan keadaan itu, pegawai terbabit memeriksa ke luar tingkap dan mendapati ada seorang lelaki terperosok dalam longkang,” katanya. Katanya, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan. Katanya, teman wanita mangsa yang turut menuntut di kolej sama kini ditahan oleh Jais untuk siasatan.
Sumber: Berita Harian
***Bila dah rasa buat salah tu cuba lah nak mengelak..boleh lupa keselamatan diri sampai panjat tingkap pun sanggup..akhirnya..moga jadi iktibar buat kita semua..ini baru balasan dunia..bagaimana la agaknya nanti di akhirat..Wallahualam..
huhu..
BalasPadamMoga dia diampaukan NYA.
berani buat berani tanggung
BalasPadamSusah nak komen bender gini...itulah bila buat bender yang tak baik berkesudahan tidak baik juga.. agak malang jika sesuatu kesalahan yang kita buat itu tak sempat nak bertaubat. Subahanallah.
BalasPadamsalam sejahtera..
BalasPadammenyedihkan... meninggal dalam keadaan yang sebegitu... terkejut baca dalam paper migguan petang tadi..
semoga kita semua dijauhkan dari membuat perkara-perkara yang tidak elok..
moga kesakitan semasa nak mati ter jadi kifarah kepada dosa beliau. Al-fatihah.
BalasPadammasih student pulak tu..mintak simpang..
BalasPadamIs is is.....kemalangan tak berbau.
BalasPadamSalam, tu lah jadinya bila nafsu mengatasi akal fikiran..bila da terdesak keluar ikut tgkap adalah satu2 jln selamat yg boleh difikirkan.sedangkan apa yg dia buat tu lg bahaya..bila keadaan tedesak seseorg akan buat sesuatu di luar jangkaan.Alfatihah utk beliau.
BalasPadamapa perasaan teman wanitanya agaknye ye bila teman lelaki da 'pergi' dan beliau?
BalasPadamSalam manis zulkbo .
BalasPadamHakikatnya ..
Nafsu mengatasi AKAL..
AKAL tidak berguna lagi ..
Cara kematian yang tragis & hina ...
BalasPadamSemoga teman wanita arwah insaf dan kembali ke pangkal jalan...Sesal kemudian tak berguna...Berita2 mcm ni bkn utk kita ketawakan tp utk dijadikan pengajaran...Thanks 4 sharing...
BalasPadamkenapa la kisah camni tak habis2 walau dah banyak petunjuk yang Allah dah bagi kan??
BalasPadamdahla berkhalwat, pastu mati plak. tak tau la sempat bertaubat ke tak..
takut nya bila dgr kejadian2 mcm ni...
BalasPadamminta di jauhkan...
semoga Allah ampunkan dia.. dan kita yang tinggal, mohon supaya pengakhiran kita dalam keadaan yang baik dan beriman..
BalasPadamamin...
Allah dah bg balasan dkt dunia lg....kt akhirat lg..huh...jdkan lah tauladan...=)
BalasPadammemula sedap...tak lame pastu dpt penyedap...ermm..dh dipanggil awal malaikat maut..
BalasPadamnauzubillah..mintah dijauhkan
BalasPadamKesilapan dalam hidup..kalu awek dia tak insaf lagi.. saja lah..
BalasPadamsalam zul..thanks for sharing..moga2 cerita2 begini dijadikan iktibar bagi semua ..jauhkanlah maksiat kerana kalau nafsu beraja dihati nilah pengakhirannya..maut sebelum sempat bertaubat..minta dijauhkan berlaku kepada kita..
BalasPadammcm2 la skrg ni? adoi.. tu la org kata hukum karma buat jahat mati trus? ape2pun smoga dia sempat bertaubat dan di tempatkan dalam golongan yg beriman... al fatihah utk si mati...
BalasPadamdah akhir zaman.. macam2 hal yg berlaku
BalasPadamniat tu dah tak betul.. tu lah padahnya
BalasPadamjauhi maksiat
BalasPadamkalo leh kita mati dalam iman..xnak mati sia2 macam ni
BalasPadamsalam,
BalasPadamyang malu ibubapa sipemuda itu. Sudah la sedih atas kematian anak mereka...
Mas takut nanti ada orang akan berkata2 sahaja...
Ya Allah, berilah kami kesudahan yang baik. Matikanlah kami dalam iman.
BalasPadambila nafsu mengatasi...
BalasPadambila dunia lebih ditakuti...
semoga tuhan ampun dosa2 mereka dan kita2 semua
amin...
miss miss
lalalala...
kes terpencil tu...
BalasPadamYa Allah..ampunkanlah dia..& pelihara kami semua dari segala apa di dunia dan di akhirat..Amin
BalasPadam