"Haraj"





Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak haraj. Bertanya para sahabat.."Apakah itu haraj ya Rasulullah?" Jawab baginda.." Pembunuhan! Pembunuhan! "(Muslim)

Huraian:
Kejadian - kejadian seperti pembunuhan sudah sering kali kita lihat di berbagai media. Kadangkala kita berfikir bahawa kejadian seperti ini adalah kerana zaman sudah berubah.
Manusia sekarang suka bunuh-membunuh, berlaku perzinaan tanpa mempedulikan halal haram dan sebagainya. Seperti yang diramalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa masa sudah mendekati hari kiamat dan tanda-tandanya adalah seperti yang disebutkan di atas.
Ini adalah kebenaran. Bagaimanakah nanti sekiranya umat Islam juga terjebak dalam perkara yang sama (suka melakukan pembunuhan tanpa hak) sedangkan Islam menyarankan agar umatnya hidup dalam keamanan dan menyarankan kedamaian antara sesama manusia.
Oleh itu sebaik-baik amal pada ketika dan saat ini adalah menyeru agar masing-masing sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran kerana masa yang kian bergerak pantas akan menjadikan kita lemas di celah-celah kekalutan manusia yang haru biru tanpa arah tujuan sedangkan manusia yang benar-benar beriman sudah tentu tidak akan dapat bertahan tanpa melakukan sesuatu bagi merubah keadaan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 15, 2010

19 Komen:

  1. salam rodong,

    seruan ingat duniawi lebih gempak dan nampak dan cepat ,
    tu yang kita kadang leka...

    terima kasih kongsi dan saling ingatkan

    =)

    BalasPadam
  2. Manusia sering terlupa..terima kasih kerna saling ingat-mengingati...

    BalasPadam
  3. Gejala membuang anak juga salah satu sifat yang di maksudkan.. PEMBUNUHAN subahanallah. Semoga kita sama-sama insaf juga. Bahawa kehidupan dan alam dunia ini hanya sementara.

    BalasPadam
  4. haraj bermaharajalela skrg ni bang..buang anak tu haraj jugek!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama15 April, 2010

    salam zul..terima kasih kerana mengingatkan kita semua..inilah akibatnya bila kita terlalu mengejar duniawi n mengumpul harta hingga lupa batasnya..ada yg sanggup membunuh emak ayah kerana harta, membunuh bayi dll.seram bila memikirkannya..sama2lah kita berdoa minta dijauhkan perkara sebegini terjadi kepada kita semua..

    BalasPadam
  6. salam Akhi Zul...

    terima kasih kongsi tazkirah berguna serta ingat mengingati.
    agar kita tidak terlalai dan terpesong jauh ..

    BalasPadam
  7. Salam Zul.

    Zaman fitnah berleluasa.

    Minta dijauhkan daripada terlibat.

    BalasPadam
  8. Terimakasih atas peringatan kearah kebaikan ini.
    Kita dah lali dengan "peringatan-peringatan" dari media massa, pasal pembunuhan dan maksiat sampaikan kita jadi hilang rasa benci terhadap benda-benda tu.
    Bila hilang rasa benci/jijik, semakin kerap ia berlaku. Bila semakin kerap berlaku, semakin hilang rasa benci.....dan kitaran ini akan berterusan...sehingga Kiamat

    BalasPadam
  9. salam zul,
    sedih dengan zaman sekarang...
    Lagi dicegah... lagi menjadi...

    BalasPadam
  10. salam Zul
    syukran atas ingatan ini
    parah dah masalah dunia ni..

    BalasPadam
  11. terima kasih berkongsi dan saling mengingat.. manusia itu sifatnya pelupa, semoga Allah jugalah tempat kita mengharap agar tetap di landasan yang lurus..

    BalasPadam
  12. terima kasih atas perkongsian ini...hari ini pembunuhan , buang anak - pembunuhan jugak ni....sukar dibendung lagi...

    BalasPadam
  13. err org yg membunuh patut dibunuh.. suka2 je nak bunuh org tanpa hak

    BalasPadam
  14. salam...
    tima kasih krn mengingatkan...
    kita mmg dh di akhir zaman...
    dh byk tanda2nya...

    BalasPadam
  15. pembunuhan anak skg lebih kejam dr zaman jahilliah!

    BalasPadam
  16. dulu2 org kabo jgn mati katak, maksudnya jgn mati sia2.
    sekarang ni org mati mcm katak, ada kat mana2...

    BalasPadam
  17. petanda dunia hampir kiamat, macam2 dah benda tak elok berlaku..

    BalasPadam
  18. Salam sejahtera..
    memang menakutkan zaman sekarang ni..
    pembunuhan semakin berleluasa..
    Semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang munkar..

    BalasPadam
  19. salam EnZul
    satu peringatan yg baik bagi kita umat akhir zaman ini

    BalasPadam