Gambar Ehsan google
Budak mati selepas empat hari kahwin
Kecederaan di kemaluan, pendarahan dipercayai punca kematian pengantin baru Yaman
SAN’A: Seorang budak perempuan Yaman berusia 13 tahun meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di kemaluannya selepas empat hari berkahwin.
Amalan gadis berkahwin pada usia muda berleluasa di Yaman dan mendapat perhatian kumpulan hak asasi antarabangsa yang cuba mendesak kerajaan melarang perkahwinan kanak-kanak.Peraturan yang mengharamkan mereka berusia di bawah 17 tahun berkahwin dilihat serius selepas mendapat bantahan kuat beberapa pemimpin Islam berpengaruh di Yaman.
Budak berusia 13 tahun dari wilayah Hajja di barat laut ibu negara itu mati pada 2 April lalu, kira-kira empat hari selepas beliau dikahwinkan oleh keluarganya dengan seorang lelaki berusia 23 tahun, kata Majed al-Madhaji, jurucakap pergerakan ‘Sisters Arab Forum for Human Rights’. Satu laporan perubatan dari Hospital al-Thawra berkata kemaluan budak berkenaan koyak selain mengalami pendarahan teruk. Pihak berkuasa sudah menahan suami mangsa.
Kumpulan hak asasi tempatan berkata, budak perempuan terbabit berkahwin dalam satu perjanjian membabitkan dua lelaki untuk saling mengahwinkan adik mereka bagi mengelak bayaran mas kahwin berlebihan. Mereka berkata, ia perkara biasa di negara miskin itu.Masalah kemiskinan di Yaman menghalang usaha untuk menghapuskan amalan itu kerana kebanyakan keluarga miskin mendapati sukar untuk menolak mas kahwin beratus dolar bagi anak perempuan mereka.
Lebih suku wanita Yaman berkahwin sebelum usia 15 tahun, menurut laporan Kementerian Hal Ehwal Sosial, tahun lalu. Adat resam turut memainkan peranan termasuk kepercayaan bahawa pengantin perempuan muda boleh dibentuk untuk menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami, mempunyai ramai anak dan menghalang zina. – AP
***Koi baca article ni tetiba timbul rasa marah yang teramat dekat manusia yang bernama suami tapi tidak berakal dan berhati perut tu..wanita dijadikan pemuas nafsu sendiri sahaja..seorang budak di perlakukan seperti hamba sex ..apa nak jadi dunia kita sekarang??
salam..
BalasPadamya allah..
kesiannya budak tu..
dimanakah akal mereka??
sungguh zalim..
kemiskinan dijadikan alasan..
memang jahil mereka ni...
Salam Zul..
BalasPadamLagi satu benda pelik muncul..kat Malaysia pun ada ..kawin dengan kanak kanak..
salam...
BalasPadamishhhhhh..
apa nak jadi dengan LELAKI
di sebuat semula ya , LELAKI zaman ni
adakah lelaki hanya memikirkan hawa nafsu dan wang adalah segala2nya.
sakit hati ni...
pelik, kalau bukan agama dijadikan cara hidup, begini la jadinya..
This is so tragic..sedih sangat :(
BalasPadamis is is.,,sedih,camne leh jd gini..
BalasPadamorg tua dulu2 pun kawen mude2 gek tp xde la sampai jd gitu,..gamok koi org melayu ni beralus dr org arab..
Kawan pun berasa terharu dgn kes ginie goner abis lalu dah ker hok tua sikit yang boleh di jadi isteri maru..budok kecik di bahan kan err..tahap menatang juga manusia jenis nei.
BalasPadamnak jadi suami, tapi perangai macam binatang. Gua hempuk baru tau mereka-mereka ni.
BalasPadamnape le jd camni.. bukan org len.. isteri tu
BalasPadamtapi kdg2 takleh nak salahkan mereka sepenuhnya.. kemiskinan memaksa mereka bertindak mcm tu.. tapi tidak bermakna CP sokong perkara ini
BalasPadamTakkan boleh jadi sampai camtu...
BalasPadambila dah dirasuk nafsu....gitulah jadinya....popalih....
BalasPadammuda lagi budak tu, kejam betul la!
BalasPadamMacam-macam cerita dalam dunia ni
BalasPadamsalam tuan zul,
BalasPadamkoi terkeranjat.
pelik jugek suatu ketika dulu nenek moyang kiter kawen deras jugek ketnyer takdeklar jadi masa'aloh sampei pecoh kangkang bini.
Ander bender lain yang boleh difikirkan di sebalik tragedi ni.
Aslmkm.
BalasPadamAduhhhhhh ... seramnya!
Walau pun berkawin muda, peradaban mesti dijaga. Jika rakus, pasti membawa padah!
salam...
BalasPadamkesian budak tu...
org arab umur 13thn dh beso,
x mcm org kita...
nenek moyang kita dulu pun kawen muda gek...
pelik boleh jd kes gini...
Hanya ALLAH yg tau...
Popaleh la weh.
BalasPadamsalam zul..kan kita umat islam sudah ada adab2 yg mesti diikuti n dijaga dalam menggauli isteri kan..ya Allah sedih n malunya makcik..seorang kanak2 dibuat begitu..
BalasPadamya Allah sedihnya inda baca..
BalasPadamemmmmm,takut sgt2 coz org skrg semakin kejam.
Manusia semakin Kejam !
BalasPadamDunia sendiri menanggisi kekejaman yang manusia ciptakan diatas muka buminya .
giler la dorg ni!!!! agak2 lah budak tu masih muda... adoi kesian sy baca pun dpt bayangkan... ape2 pun smoga suami dpt balasan setimpal dan isteri ditempatkan dlm golongan yng solehah... amin,...
BalasPadamhuhu..tk reti nk kabo dh baNG!
BalasPadamslm zul.
BalasPadamsbnorya koi ande nak wat entry psl isu yg sme, sib baik aok dulu. kala dok,sme lagi. aok tu molek2 sikit zul. kala sama sokmo dgn koi kang, ngamuk ustazah aok! :D
zul
BalasPadambila kehidupan menjadi hilang arah..