Sex Luar Nikah..Buang Bayi..Bila Nak Habis..

Gambar Hiasan




Salam aok me?..memperkatakan tentang isu sex luar nikah dan buang bayi ni pada bulan 2 tahun lepas (2009).. koi ada membuka topik tentang perkara ini di ruang forum mStar online untuk di perbincangkan..pandangan orang ramai dialu-alukan..memandangkan koi memang dah pandang isu ni akan berlarutan jadi terbuka lah hati koi nak minta pandangan orang ramai setidaknya dapat mengurangkan perkara ini dari terus berleluasa..setakat dah setahun ni tidak berapa ramai yang memberi komen dan pandangan..tapi ada diantaranya yang menarik perhatian koi..di sini koi sertakan: link:Jadi kepada rakan dan rodong sekalian yang mempunyai pandangan bolehlah berikan disana..semoga usaha kita untuk membendung perkara ini akan ada penyelesaiannya satu hari nanti..insyaallah..
Wassalam..


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 02, 2010

26 Komen:

  1. salam..tu la pasai,solution kita kene nampak agama la boleh selesai masalah ini.ibu-bapa perlu didik dan tarbiah anak2 supaya anak2 nie kenal mana perintah dan larangan Allah..bukan didik saja,tapi perlu disertai dgn tarbiah...

    BalasPadam
  2. ANAK PENDANG:Terima kasih cek tolong komen..berguna tu..

    BalasPadam
  3. Salam Bang Zul.

    Satu usaha yang baik bang. Sudah tiba masanya untuk kita fokus pada tindakan. Mula dari sekeliling kita dulu. Perbuatan yang menjurus kepada zina mesti dibanteras awal-awal.

    BalasPadam
  4. USTAZ CAHAYA:Kita kena pertingkatkan dari segi pengcegahan maksud saudara..saya setuju..tapi bagaimana jika tiada susulan dari kerajaan??

    BalasPadam
  5. laksanakan hukum hudud...pasti zina akan berkurangan ....

    BalasPadam
  6. koi sokong sepenuhnye cadangan Cikgu Jang...undang2 hudud itu dari Allah bukan ciptaan manusia..dan tak patut dipertikaikan....

    BalasPadam
  7. CIKGU JANG:Koi setuju cakap saudara nie..tapi bagaimana kerajaan kita mahukah mereka menerima??

    IDEALOGY: He..he so far hanya satu parti jer nak laksanakan hudud nie..aok tau lah yang mana kan..so goner weh?

    BalasPadam
  8. koi sokong cekgu Jang......

    BalasPadam
  9. slm zul. amboi laju betui deme update maklumat. tak terkejor koi
    n3 deme.

    w/pun beribu kali, w/pun org dh pernah cakap, w/pun org tak stuju, koi tetap akn kabo:

    kembali kpd islam.
    laksanakan hudud

    BalasPadam
  10. Selagi tidak dibuat yang hak dan benar selagi itu x akan selesai perkara semacam ini.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,

    Pendidikan Agama perlu bermula dari rumah, Ibu Bapa contoh sebenar, ahli masyarakat perlu perihatin, Pemimpin perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik terutama bab2 berkaitan dengan agama, akhir sekali laksanakan hukum hudud...dengan cara nih keh rasa sex luar nikah ni boleh dikurangkan.

    BalasPadam
  12. PIEWAHID;Tetiba datang ilham tu yang bukak 2 N3 hari ni..he he
    memang islam cara hidup jalan terbaik nampok gayenya..

    BalasPadam
  13. MANKARAQ..YASSIN..LIPIS LADY
    koi memang setuju aok me..penyelesaiannya hidup cara islam..persoalannya..mampukah kita?bersediakah?boleh ke kerajaan sekarang melaksanakannya?

    BalasPadam
  14. SAUDARA ABu MUAZ:
    Waalaikumsalam..wbt..selamat berkenalan saudara..terima kasih..

    BalasPadam
  15. x ta l bila nk ai, smakin teruk skrg

    BalasPadam
  16. sedih tengok gambar bayi2 yang tak berdosa tu mati dalam keadaan yg tak sepatutnya..

    BalasPadam
  17. salam...
    orang yang membuang dan membunuh bayi @ anak sendiri adalah orang yang tiada hati perut...

    Sedih apabila hal2 sebegini terjadi.. dimanakah kewarasan mereka...

    BalasPadam
  18. pendidikan ugama dari dalam keluarga dahulu.

    BalasPadam
  19. Buat bunuh dan buang 3B..sex luar nikah dimana mana pun ada..
    manusia begini langsung tiada asas agama..kalu ada pun tentu Iman tak kuat..mudah tergelincir oleh godaan Setan..

    BalasPadam
  20. kwn setuju dgn pendapat2 di atas.sampai masanya kita kembali kpd undang2 Islam yg lebih menjamin kemahaslatan umat.cukup2 lah kita menggunapakai perundangan penjajah.sejarah menunjukkan undang2 Islam pernah menjadi nadi masyarakat melayu Islam spt Kanun Melaka dll.utk kes2 sivil kita masih boleh mengekalkan undang2 penjajah,ttp undang2 jenayah,dan hal2 melibatkan umat Islan spt liwat,fitnah dll perlu diserahkan kpd undang2 Islam.sampai bila kita harus memperhambakan diri pd penjajah?mereka sudah lama pergi,ttp mereka berjaya meninggalkan 'warisan' kpd kita.pemimpin melayu Islam perlu berani 'melawan arus'untuk mengembalikan Islam pd tahap yg sewajarnya.kepada rakyat,berhati-hatilah dalam memilih pemimpin,undi yg anda berikan mampu mengubah @ membiarkan perkara2 yg tidak disukai oleh'kita' bermaharajalela.semua komponen masyarakat b/jawab atas setiap yg berlaku,ttp yg paling tinggi persennya adalah 'Pembuat Dasar'.kerana merekalah yg merangka/mencorakkan sesebuah negara.acuan mana yg mereka ikuti barat @ timur/Islam @ bkn bkn Islam
    @ambil sebahagian @ tolak sebahagiannya lg @ apa sahaja ideologi yg wujud di muka bumi ini.

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama03 Mac, 2010

    salam zul. ya Allah sedih mak cik tenguk gambar2 bayi yg tak berdosa tu.gejala ni bukan saja berlaku dibandar2 besar tapi dikampung2 juga. yalah bila ibu bapa tidak menyekat pergaulan bebas anak2, inilah yg akan berlaku.Kalau jiran sekeliling mengadu tentang anak2 mereka,kita pula yg dimarahi,jangan jaga tepi kain orang..padahal mereka sibuk n tak tahu apa yg sebenarnya berlaku dgn anak2 mereka. bila dah buncit barulah gelabah n malu . mak cik sangat setuju dgn pendapat pie n cikgu jang.. kembali kepada cara hidup Islam n mengamalkan hukum2 islam. laksanakan hukum hudud pasti gejala ni boleh dibanteras... kerana Allah lebih mengetahui sebab itu hudud diperintahkan olehNya.

    BalasPadam
  22. TERIMA KASIH:
    1.maiyah
    2.ann
    3.maslina mansur

    **komen anda semua amat saya hargai..

    BalasPadam
  23. ENDIEM:saya setuju pandangan saudara..tapi tak semua family berpengetahuan agama..

    RELEVEN:Lagi kuat kita kepada islam lagi besar dugaannya..masaalah sex bebas ni amat payah nak di bendung..di tangkap hanya denda seberapa jer..

    BalasPadam
  24. PACIFIST:undi adalah rahsia..jadi gunakan sebaiknya undi anda..saya dah terkena 2x undian yng salah..akan saya gunakan yang sebaikknya akan datang..islam cara hidup..

    BalasPadam
  25. MAK CIK YAM:Terima kasih mak cik dengan komen yang begitu hiba sekali..memang sedih juga saya nak papar gambar tu sebenarnya..harap menjadi tauladan buat orang muda sekarang kalau nak menyimpang..

    BalasPadam