Paneh Negeri Kita..Sejuk Beku Negeri Orang..



Pasar Yakutsk, Siberia

Salam aok me..?Bercerita bab musim panas melampau sekarang ni baik di Kuala lumpur mahupun utara semenanjung yang suhunya mencecah 35c menyebabkan ramai diantara kita semua yang merungut kepanasan dan ada di antara rakan sekerja koi pun sibuklah nak memasang penghawa dingin di kediaman masing-masing..tak tahan kata mereka..malam nak tidur pun panas tahap melampau..he he..maka untung lah tokeh cina jual penghawa dingin koi rasa ler nih..

Hari ni koi ada bersembang dengan sorang mat saleh dari negara Norway..kerjanya sebagai seorang jurugambar akhbar ternama di sana ..nama akhbar tu kalau tak salah koi "AFTENPORTEN" dalam bahasa Norway yang membawa maksud "morning post"..nama mamat ni Jon Hauge..menceritakan pada koi pengalaman beliau semasa bertugas di sebuah tempat yang suhunya agak melampau sejuk sehingga mencecah (minus) 35c..yakni di Yakutsk Siberia.

Katanya dalam musim sejuk sebegitu memanglah kita kena berpakaian tebal mengalahkan selimut dan bila berjalan tak boleh terus mengadap angin..muka kita boleh beku dan kecut..sampai gitu sekali..ishh..koi dengar pun takut..katanya lagi kematian di sebabkan oleh cuaca sejuk tahap melampau ni perkara biasa di sana..terutama bila bekalan elektrik kadangkala boleh rosak di landa ribut salji.

Satu lagi yang agak kelakar pada koi dalam kereta dan rumah di pasangkan "heater" bukan "aircon" cam kita ni..lagi katanya pada tempat duduk kereta pun ada pemanas..tak boleh koi nak bayangkan..he he.."pemanas punggung" tu untuk memanaskan badan kita baik dalam kereta mahupun rumah.

Jadi bila koi tanya dia bagaimana di Malaysia ni..katanya " i love here..i hope i can stay here forever"..he he..aok dengar tu bagaimana orang luar menghargai Malaysia ni..bagaimana kita sekarang?..Cuba kita tukar tempat dengan mamat tu.. kita pulak ke sana..kalau koi tak mau lah ..siap nak kena ada "pemanas punggung" tu yang tak tahan tu..he he..bersyukur koi bila dengar kita di sini belum ada yang mati kepanasan lagi..Wassalam..


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 01, 2010

21 Komen:

  1. Betoi sgt le....panehnye sampai tidur pun tokyoh pakei gebo....

    BalasPadam
  2. sungguh tu...panas betul..nok menapas pun macam lemas...pendek kata gebor tak bau hangit laa musim panas gini hehehe..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama01 Mac, 2010

    salam zul. betul kita hanya menghargai malaysia bila kita tinggal dimana2 negara orang putih yg cuacanya sejuk melampau. bukan setakat kena ada alat panas punggung tapi kena ada alat yg mesti dipasang dalam rumah untuk melembabkan udara dalam rumah kalau tidak mulut akan kering hingga berdarah.nak keluar rumah pun malas rimas bila kena berlapis2 pakai baju.untungnya kita dimalaysia tak pernah lagi kita dengar orang mati kerana kepanasan.

    BalasPadam
  4. syukur panas..
    walaupun sampai demam2..

    dasyat.. kematian disebabkan cuaca yg terlalu sejuk..

    err..
    tapi rasanya sepanas2 negeri kita..
    panas lagi negara india..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, memang bersyukur duk malaysia.

    keknyer paneh mmg paneh ler ni, kena berekon sokmo. kala dak, kejap je melekit badan, hangit ketiok!

    BalasPadam
  6. kabor dak ustaz hak ceramoh maulidur rasul semalam.......Nabi dah warning pasei cuaca panas melampau klu maksiat berleluasa di sesuatu tempat.

    BalasPadam
  7. terima kasih semua yang memberi komen..amat koi hargai..

    BalasPadam
  8. Salam,
    kat negara besar macam U.S, kalau cuti masa musim dingin, maka berpusu-pusulah orang sebelah utara akan turun ke selatan untuk lari dai sejuk :)

    BalasPadam
  9. hmm bior lah panas pijar kat sini, x de lah CP nak pindah ke negara sana.. jalan2 mkn angin, x per, ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  10. salam ziarah..
    huhu..cam tu la keadaannya..
    apa pun brsyukur dGn apa yG ada..
    yG panas sejuk2kn, yG sejuk panas2kn..fair la tu

    BalasPadam
  11. hujan emas di negeri org,hujan batu di negeri sendiri.musim salji ni negeri org,musim panas di negeri sendiri.kita pikir la sendiri..mana lebih baik.

    BalasPadam
  12. Disebabkan panas... pembelian air-cond mencanak naik.... hehehe :)

    BalasPadam
  13. CIKGU JANG:bila paneh gini selalu petua orang tua letak air sebeldi tepi katil lepas pasng kipas..koi pernah try mmg menjadi

    YASSIN:Pakai tak laku lah gebor tu sebulan dua ni yek..he he

    BalasPadam
  14. MAK CIK YAM:Mak cik dan pak cik selalu ke luar negara mesti byk pengalaman bercuaca dingin ni yek..pasti akan lebih merindui cuaca malaysia biarpun panas..he he

    ANN:cian adik Ann..sampai demam..minum air banyak yek..sembuh cepat..insyaallah..

    BalasPadam
  15. PIEWAHID:Mekala umah tak de aircon..jenuh la..he he

    MANKARAQ:Ada betul juga pandangan ustaz tu..

    BalasPadam
  16. GREEN LAVA:ye ke?sampai begitu sekali penangan musim sejuk ni yek..nasib baik kita di sini tak payanh nak pindah-pindah..


    CHE PIT:Betul amat dah..hujan emas negeri orang pun hujan batu juga yang di rindui..

    BalasPadam
  17. AZRAI:Bersyukur kita pada Allah..setiap ujianNYA adalah hikmah disebaliknya..

    PACIFIST:He..he..fikirlah memolek yek..bio paneh sket..janji kerusi siap "berheater" tu tak tahan tengoknya..he he

    MASLINA MANGSOR:Orang meniaga aircon jugak yang untung..harap rega pun tak naik mendadak..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum, hehehe...pembelian air-cond mencanak naik, kata maslina mansor, fuhh..macam roket naik mencanak, keknya yee bete weh...taim panas2 ginih nok juge keh pasang airkon kat rumoh keh, tapi gona kan gaya, duit keh tak cukup 5 sen aja lagi....

    BalasPadam
  19. bio la panas dari sejuk....
    bak kate orang ujan emas negeri orang ujan batu negeri sendri...'
    lebih baik negeri sendiri

    BalasPadam
  20. LIPIS LADY:Aok bior betik 5 sen tu mintok ke Yassin dia boleh bui..hu hu

    TERRORRIZZ:tempat jatuh lagikan dikenang..inikan negara tanah air ku
    biolah berpaneh berkubang ku tetap di sini..he he

    BalasPadam
  21. Pengalaman saya mengharungi musim sejuk tempohari memang menyeksa kan .Itupun suhu pada masa itu hanya kosong darjah Celcius.Belum negatif darjah celcius lagi tu.

    Sampai tak sanggup nak keluar rumah rasanyer...

    Jadi panas yang kita alami sekarang ini adalah jauh lebih baik dari sejuk di musim sejuk pada pendapat saya.

    BalasPadam