Nak Kabor Bangga..Sebenarnya Koi Risau..



Inilah jentera baru "Mercedes Silver Arrow"
"Live" koi tengok di Menara Petronas dekat galeri bawah


Michael Schumacher (kanan) dan Nico Rosberg bergaya di depan kereta lumba baru Mercedes GP Petronas di Muzium Mercedes, Stuttgart, selatan Jerman pada 25 Januari lalu. - Foto AFP



Salam aok me..?Hari ni berkesempatan koi ke KLCC di menara Petronas koi terjumpalah ramai orang berkerumun bergambar depan kereta F1 yang kabornya akan menjadi satu lagi catatan sejarah negara bila pasukan Mercedes akan bergabung dengan Petronas dalam saingan GP tahun ini..

Sebagai rakyat Malaysia rasa bangga tu memang ada..memandang bukan calang-calang pemandu yang team ini nak sponsor..kabornya pemandu F1 yang paling terkenal dari segi kejuaraan yang pernah dia capai sehingga 7 kali..di samping kalau tak silap koi ahli sukan yang berpendapatan paling mahal di dunia..

Sebagai orang kampung yang pendidikan tak tinggi mana memang lah ada kerisauan di hati koi ni memandang ekonomi sekarang tidak lah berapa berkembang baik..ramai rakan koi yang meniaga pun mengeluh "sesak nafas" ler ni..Petronas dengan gahnya menaja pemandu termahal ni..he he..

Satu jer pinta koi.. harap harga minyak nanti tidaklah tetiba naik mendadak pulok ..memandangkan kos penyelenggaraan team F1 ni bukannya murah pada pandangan koi yang daif dan "kampung" ni..jadi harapan koi janganlah besok kos nya di tanggung oleh rakyat marhaen yang sememangnya hidup kita tidaklah berapa senang pun sekarang ni..itu jer..
Wassalam..


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 14, 2010

30 Komen:

  1. Ntoh le..Ye le kekadang kita orang marhain ni tak dpt berpikir mcm org di atas..Harap2 org di atas dptlah berpikir mcm org di bawoh...Org di bawoh ni menanggung belake...

    BalasPadam
  2. PENGEMBARA SILAM:harap pemikiran mereka2 tu ikhlas nak nolong rakyat marhaen semua..bukan golongan tertentu sahaja..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama14 Mac, 2010

    salam zul, mak cik sangat2 bersetuju dgn pendapat zul, yalah bila keretanya mewah n drivernya mahal dah tentu belanja menajanya mahalkan.. buat apalah nak bermegah dgn perkara tu.. tolonhlah anak bangsa yg susah ni dulu drpd buang duit kat situ kan.depo diataas tak merasa kesengsaraan orang dibawah yg terpaksa membayar serba serbi dgn harga mahal.harga barang yg naik kerana minyak dulu tak turun padahal harga minyak dah turun..depo tak payah bayar itu ini kan..

    BalasPadam
  4. MAK CIK YAM: terima ksih kerana memahami kerisauan saya nie..he he..

    BalasPadam
  5. errmm..
    kalau ann ade kenderaan mungkin ann pun akan risau pasal hal ni..
    tapi memang ada ura2 minyak nak naik herga lagi..
    payah juga..
    makin lama makin tinggi kos sara hidup...

    BalasPadam
  6. ANN: terima kasih berfikiran matang begitu..itulah puncanya bila harga minyak naik pasti disusuli semua harga barang lain akan naik..siapa yang susah??dah tentu rakyat biasa ni yang gaji tak naik-naik..he he..

    BalasPadam
  7. mende yg aok kabo tu dh mewakili belaka mende koi nak cakap

    BalasPadam
  8. PIEWAHID:harap orang yang berkenaan boleh lah mendengornya..jangan kita jer dok riso..deme buat pekak telinga buta mata jer..he he..

    BalasPadam
  9. Payoh nok cakap bender gini nok cakap lebih2 tak kena juga hehehe...yang pasti berikan keselesaan kepada rakyat jgn dibebani mereka dgn projek yang terkadang langsung tidak memberi manfaat utk rakyat.

    BalasPadam
  10. Salam bang zul,

    Hmm ye jugek kate aok te bang..kite pakat beli minyak shell pulok...hahaha

    BalasPadam
  11. YASSIN:setuju amat koi cadangan aok tu..

    BalasPadam
  12. MAZRU: ka ka ka..aok kempen ke shell pun dia tak bagi mende pun ke kita nie..he he

    BalasPadam
  13. Salam Bang Zul..

    Saya pun sama sependapat dengan Bang Zul pasal ni.

    BalasPadam
  14. ape citer pasal bio teknologi yg dulu ura2 nak buat kat sini nih....

    BalasPadam
  15. Harap-harap bukan Petronas sahaja dapat faedah,rakyat pun dapat faedah..

    Kat mana faedah dapat kat rakyat yer???Saper leh eksplainn....?

    BalasPadam
  16. dari rakyat,kepada rakyat,kuasa rakyat,Insya'allah boleh membangunkan dan menjatuhkan.rakyat menilai dan menghakimi

    BalasPadam
  17. cakap salah... xcakap pun salah kan...

    BalasPadam
  18. Salam Zul..
    Ini menunjukkan kita negara Malaysia kaya dan raya..benda mewah yang ditaja demi nama dan bangsa..he2

    BalasPadam
  19. ada baik n buruknya klu cerita psl menda ni...

    aah...btul tu...
    jgn nanti rakyat plak yg nk kena tanggung...

    BalasPadam
  20. entohlah weh...pepatoh dah ade "kera di hutan disusukan...anak di...."sambung sendiri..Lu pikir la sendiri...mcm kata nabil...tok reti dh...

    BalasPadam
  21. wah! best btol uncle eh! pggl uncle xpe? hehe ape2 pun F1 mmg best! hehee

    BalasPadam
  22. salam

    dah sampai klcc
    bila nak belanja koi

    kuikuikui

    BalasPadam
  23. salam ziarah..
    hmM..payah nak jawab..
    kdG2 bile berniaga cam nie, orG atas jew yG untung..dua tiga kerat puak2 yG da sedia ada kaya raya..kat kita di bawah ni kalu ada sisa yG dapat pun kira bersyukur sangat daa..
    tumpang bangGa ley la..huhu

    BalasPadam
  24. risau betul kalau minyak naik lagi, orang atasan x kisah sangat, kita la yg di bawah ni merana gak la..

    BalasPadam
  25. salam saudara Zulkbo..
    berita hari ni seperti minyak akan naik harga..
    pasti diikuti dengan kenaikan harga barangan

    BalasPadam
  26. Zul - Dulu orang kate senang rega barang muroh, rega minyok muroh tapi apa kita ada dulu nok makan pun susoh, nok naik keta ke, moto ke atau pun nok nengok tv pun susoh kena gi umoh jiran tapi yg peliknya sekarang orang kate susoh rega barang mahei, minyok mahei tapi makin hari makin orang berlumbe beli keta & moto, kalau TV jangan citelaa. kala secara lojik akal bila kite fikir gini rasa sekarang lebih banyok senang, betul tak?

    BalasPadam
  27. USTAZ:terima kasih atas pandangan anda..amat di hargai..

    CIKGU JANG: Koi takut khabar angin terbang bersama angin jer lah..he he..

    PASIFIST:Dari rakyat kepada rakyat..lama dah koi tak dengar slogan tu..terima kasih..

    BalasPadam
  28. MASLINA:Harap rakyat di utamakan..pencapaian no-2..goner??

    IDEALOGYC:Ha ha..aok betul tu bro..koi setuju..

    NICK IRFAN:Uncle pun okey jer..terima kasih..n3 anda juga menarik..

    BalasPadam
  29. BLUE:He he ..boleh..nak jumpa kat mana weh?

    AZRAI:Elok ada perasaan begitu..tapi harap berbaloi lah investment PETRONAS itu..

    ILHAMI: G.S.T..katanya akan dikenakan..kita tunggu jadi ke tak?

    BalasPadam
  30. MR-Z:Memang kerisauan itu akan melanda rakyat kerana harga minyak naik di ikuti dengan kenaikan harga barangan pengguna yang lain..

    BANG AJI:lojik akal aok tu ada betulnya..tapi kekayaan negara kita yang sebenarnya membolehkan rakyat menikmati lebih dari sekarang..memang kita kena bersyukur..tapi kita tak mahu hanya segelintir pihak saja yang meratah segala kekayaan negara..hanya orang yang terpilih..kononnya atas dasar KUOTA bumi dan sebagainya..

    BalasPadam