Bahana Bila Perempuan Mengamuk!!





Salam aok me..?I'm back!!(ceeh..wahh..omputeh la pulok..he he..)memandangkan koi ada satu berita yang agak hangat berlaku di apartment koi..jadi koi berkorban masa rehat koi untuk entri ni..he he..saja nak kongsi ngan aok me..bila perempuan mengamuk..!

Kisah nya bermula awal bulan ni..sebelum bercerita panjang koi nak bagitau yang koi adalah seorang setiausaha JMB (joint body management) di kawasan perumahan koi..jadi pihak kami ada menyediakan pejabat untuk pihak kami beroperasi mengutip wang penyelenggaraan bagi setiap penduduk di sini..pihak kami juga ada menempatkan seorang kerani perempuan yang kami ambil bekerja di kalangan penduduk juga.

Alkisah nak jadi cerita awal bulan ni adalah seorang suri rumah yakni penduduk jugalah di sini telah melepaskan kemarahannya pada kerani JMB kami di pejabat..berlakulah adegan tumbuk menumbuk ..cakar mencakar..tarik rambut di kalangan mereka.Puncanya hal peribadilah..agaknya dah tak boleh nak di bendung di carinya kerani kami tu dan di belasahnya..berselerak la juga pejabat kami tu..tunggang langgang meja..nasib baik komputer tak telungkup..tidak jenuh nah mengganti.

Kerani tu dalam sedu -sedan nya talipon koi pada mulanya..ishhh..tak kan koi nak campur hal pompuan gaduh ni..koi kabor ke kerani koi panggil security..yang harunya security pun tak mboh(mahu) nak campor hal perempuan ni..balerrr..last koi suruh dia report polis jer lah..memandang beliau di serang..dah kira merbahaya ni..Jadi report polis telah di 
buat..maka bermulalah satu kes baru di kawasan perumahan koi ni. 

Hari ni koi tak kerja.. koi ke peti surat yang terletak di tingkat bawah apartment koi dan surat ini yang koi dapat..ingatkan koi sorang dapat.. rupanya semua penduduk..aok me tahu nape? Syarat tarik balik report tu yang di buat oleh kerani JMB koi pada perempuan yang menyerangnya.Nah ini lah penangannya jika perempuan bergaduh sampai jadi kes polis.

Renung-renungkanlah..bawaklah bersabor semua bila kita dalam kemarahan ..cuba bawak berbincang..Nafsu amarah ni hanya boleh diatasi dengan akal sahaja.Beristiqfar panjang-panjang, berwuduk dan solat boleh meredakan ketegangan.Wassalam


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mac 27, 2010

15 Komen:

  1. Agok2 abender hal yang jadi sakit hati ngat pompuan se lagi tu.. sebelum dema bercakaran dan berkelahi itu mesti ada hal peribadi tu.. ker deme berebut laki dok zul hehehehe.......

    BalasPadam
  2. apartment kami lagi teruk.. Management (MKL) terus lari.. masa dulu teruk gak kami.. swimming pool air hijau, koridor tak bersapu..

    nak tak nak penduduk kena amik alih.. baru2 ni meeting dengan pengurusan baru MKL, deme leh kata tak sedia lagi nak amik alih semula sbb management baru.. ada2 je alasan, menyusahkan kami semua huhu..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27 Mac, 2010

    sib baik tak kluar fire cam ultraman hehe.. kalo tak konfem leh jadi Ultrawoman Gina..

    BalasPadam
  4. slm zul,
    tumpang gelok weh,
    hahahahahahaha....!!

    BalasPadam
  5. ada gelodak dalam gelora
    hati dan jiwa
    meletus dan membara
    tanpa kawal selia
    mereka menjadi mangsa
    akhir sedar bahawa
    silap adalah diri
    ternyata amat rugi..
    (moral of d story..kawal emosi..)

    BalasPadam
  6. wah..pmpuan ni mmg hebat klo da marah..hihi..

    BalasPadam
  7. salam ziarah..
    huhu..p0mpuan ni nampak jew s0pan, kalu datang angin dia nelang mGalahkan lelaki..

    BalasPadam
  8. Salam, inilah bila Nafsu duduk atas akal. Minta2lah kita tak begitu jadinya. Jadikan peringatan utk kita2 semua.

    BalasPadam
  9. salam..

    palih yak..hehehe..sah gempor gitu ajer la kat kawasan aok te.

    BalasPadam
  10. salam,
    tue lah perempuan... ish..ish...ish...

    BalasPadam
  11. ish3..emotional sgt perempuan tu..bile dah sedar malu, bru nak minta maaf..
    ish3..malu jeeeeeee

    BalasPadam
  12. Di sisi sebelah, saya tabik kat perempuan yang sanggup minta maaf tu. Apatah lagi berani menulis surat tersebut. Jarang-jarang ada orang yang sanggup berbuat demikian. Tak kira lelaki / perempuan. Hatta sampai kena saman pun masih nak mempertahankan emosi masing-masing. Mesti ada masalah peribadi yang sangat sulit hingga dia berperang begitu sekali. Hanya mereka saja yang tau. Apapun award buat personal yang istimewa itu... hehe

    BalasPadam
  13. salam...
    yeker pempuan tu btl2 rase bersalah?
    koi rase dia takut pasal Pn Kerani tu report polis jer..tu yg sggup mintak maaf..

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama28 Mac, 2010

    salam zul...hai itulah jadinya kalau kita ikut emosi.. bila dah berlaku baru menyesal tapi nak buat macam mana kan ...lepas sudah bergaduh baru guna akal kan..wahai semua lelaki...perempuan ni nampak je lembut tapi bila dah naik anginnya dia boleh mengalahkan gergasi tau..hehehe..

    BalasPadam
  15. masyallah..
    ingatkan budak2 kecil aja yg bergaduh tarik2 rambut ni... dasyat sungguh..
    tulah, apabila nafsu amarah menguasai diri.
    nasib baik tak berpisau, berparang..
    kalau ya, tentu makan nyawa..

    BalasPadam