BAITULMAQDIS - Tentera Israel memberi teguran terhadap dua pegawai kanannya kerana bertindak menggunakan peluru yang mengandungi fosforus putih di kawasan berpenduduk padat berhampiran kawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Perang Gaza pada tahun lalu, kata pihak tentera semalam.Dalam satu jawapan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada Jumaat lepas bagi menjawab kecaman berhubung kekejaman tentera Yahudi sepanjang perang 22 hari itu, Israel menyatakan, seorang pegawai tentera berpangkat brigedier jeneral dan kolonel telah dikenakan tindakan disiplin setelah pihak tentera melakukan siasatan dalaman.Undang-undang antarabangsa melarang penggunaan peluru fosforus di kawasan awam kerana ia boleh menyebabkan mangsa melecur teruk. - AFP
Tak payah nak melawak la puak PBB ni..jadi puppet je kat Amerika dan Yahudi ni..cakap bagi nak sedap orang dengor jer...realiti memang dia nak bunuh habis saudara kita di Palestin nuh..simpati amat koi kat saudara kita di sana berperang matian mempertahankan daulat negara dan agama mereka dan mengharapkan mati syahid (boleh dapat syahid ke..koi pun bukan pandai sangat bab hukum ni)...tapi yang nyata semangat juang mereka tu..bagaimana kita di sini..mampukah kita mempertahankan negara dan agama kita??..samalah kita renung dan fikirkan.
0 Komen:
Catat Ulasan