Tahun Baru Cina Datang Lagi..


TAHUN BARU CINA... Bahang sambutan Tahun Baru Cina kian terasa apabila banyak tanglung mula digantung di tokong-tokong dan bangunan termasuk deretan kedai yang terdapat di Kuching. Tinjauan mendapati Tokong Cina, Tua Pek Kong iaitu antara tokong tertua di bandaraya Kuching yang dipercayai dibina sejak 1850 turut berbuat demikian sempena sambutan itu pada 14 Feb ini. Tokong yang terletak di antara Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Padungan berhadapan dengan Waterfront ini sering menjadi tumpuan pelancong asing kerana rekaan dan persembahan uniknya yang memukau. Kelihatan seorang pengunjung memasuki perkarangan tokong Tua Pek Kong di Kuching, hari ini. - Foto Bernama

Lagi 2 minggu dah nak raya cina..mesti tertanya ngape koi nak nyibuk lak? he he...memang patut koi nyibuk pun..bukan mende koi keja ngan boss cina jadi time raya cina ni lah boss nak keluar bonus tahunan..behh..selalunya konsep boss koi " boleh lebih... tak mungkin kurang tahun lepas" jadi koi dok nunggu niee...apapun selamat menyambut Tahun Baru Cina buat kengkawan tionghua koi...angpow laiii...



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 02, 2010

0 Komen:

Catat Ulasan