Pantang Mati Sebelum Ajal..


Gambar Zhang semasa dibawa dari Rumah Mayat. -Foto ihsan www.weirdasianews.com



Jantung Mayat Masih Berdegup di Rumah Mayat


SAUDARA-MARA seorang buruh binaan yang telah disahkan meninggal dunia, Zhang Houming, 46, terkejut apabila mendapati jantung si mati masih berdegup semasa berada di rumah mayat.

Pegawai-pegawai perubatan dari Hospital Neijiang, China yang bertanggungjawab telah dimarahi dengan teruk kerana kesalahan serius ini.

Mangsa diisytiharkan telah meninggal dunia untuk kali pertama selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas semasa pulang dari kerja.

Anaknya, Haibo pulang bersamanya kerana mereka berdua bekerja di tempat yang sama. Semasa kejadian, beliau pengsan akibat impak kemalangan tersebut.

Sehubungan itu, ambulans dilaporkan tiba lambat di tempat kejadian dan pemandunya memberi alasan kesesakan lalu lintas sebagai punca kelewatan.

Sementara itu, seorang doktor yang memeriksa Zhang menulis dalam laporannya beliau telah menghembuskan nafas akhir.

“Beliau telah berhenti bernafas serta jantungnya telah berhenti berdegup semasa saya merawat Zhang,” tambahnya.

“Mangsa mungkin mengalami kejutan dan jantungnya mungkin mula berdegup kembali kerana hentakan van mini yang membawanya ke hospital,” katanya.

Walaupun mereka telah cuba sedaya upaya selama sejam, Zhang gagal diselamatkan.

Keluarga Zhang meminta hospital itu membayar 1.5 juta yuan sebagai pampasan, namun pihak hospital hanya bersetuju untuk memberi 200,000 yuan sebagai ganti rugi.

Sumber:

http://mstar.com.my/





****hai..goner boleh jadi gini ni..kadangkala orang lain pasti akan menuding jari pada seseorang yang lain dan di susuli tindakan mahkamah..selalu nak menangguk di air yang keruh lah..mana tahu boleh dapat ikan..semua pihak perlu mengambil iktibar dari kisah ni..pertama pihak hospital lah kena pastikan orang tu dah betul meninggal..kesian jugak koi bila membayangkan si mati yang belum mati orang dah letak dalam bilik mayat...tapi ajal dia sampai jua ...takziah la pada keluarga si mati...
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 03, 2010

0 Komen:

Catat Ulasan