Orang Memberi Kita Merasa..


SYUKUR: Mangsa banjir, Gayah Embong, 71, menunjukkan beberapa keping wang kertas RM50 yang diterima dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas majlis Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir 2009/2010 Daerah Kuantan, hari ini. Gayah yang mengidap penyakit darah tinggi adalah antara 413 penerima bantuan wang ihsan menyifatkan bantuan itu amat bermakna terutama untuk menampung perbelanjaan perubatannya. - Foto Bernama


***Tersenyum lebor mak cik kita ni dapat duit ehsan dari kerajaan negeri Pahang...memang itulah yang kita harapkan dari sesebuah kerajaan yang memerintah...di samping rasa ehsan kepada rakyat yang susah ni...juga membantu golongan yang memerlukan (golongan tua dan yang mengidap penyakit kronik)..cuma harapan koi biarlah bantuan ini berpanjangan tidak hanya di masa yang tertentu sahaja di samping hanya untuk mempopularkan golongan tertentu sahaja...jasa baik kerajaan sentiasa di hargai oleh anak-anak Pahang seperti koi pada warga Pahang yang memang di ketahui ramai yang memerlukan bantuan...
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 22, 2010

14 Komen:

  1. Salam Zul..
    Tengok..Pahang awal2 lagi dah dapat duit Ehsan..kita kena dapat juga ni Zul..hehe!

    BalasPadam
  2. RELEVAN:dekat nak ngundi nanti peruntukan keluor lah mencurah..adat lah tu..he he

    BalasPadam
  3. Mintok laa banjir sokmo hehehe...

    BalasPadam
  4. rezeki yek....tapi kalau nak tahu, betapa ramai lagi yg susohnye kat negara kite ni yang kerajaan terlepas pandang...atau sengaja malas pandang...

    BalasPadam
  5. Yassin:aok jangan...kena beli bot siap nanti weh..he he

    Cikgu Jang:Koi setuju aok..byk yang terlepas pandang..di Kedah nuh koi dengo mangsa tsunami dulu sampai ke ler duit bantuan tak dapat..padahal kerajaan pusat dah lulus peruntukan..tak tahulah mana yang silap..

    BalasPadam
  6. zul
    adat berbudi
    kenalah berbahasa
    sedikit sama dirasa
    banyak sama dilapah..

    BalasPadam
  7. salam zul,mak cik sangat bersetuju dnagn cadangan zul agar semua yang susah dan dhaif dapat bantuan tidak kira apa fahaman mereka. juga diharapkan bantuan ini tidak bermusim sebab golongan ni sentiasa memerlukan bantuan n pertolongan.

    BalasPadam
  8. jgn smpei beri secubit, ambik sekepuk dah la....

    koi xmaksudkn pada sape2... ngingatkan aje! :)

    BalasPadam
  9. KELOMPEN:Berperibahasa kita yek?betul aok kabo ter..

    Mak CIK YAM:Kerajaan berduit sebenornya..time ni lah nak nolong rakyat jelata..cer tengok ahli politik kita tak kira la parti apa keta beso belaka..he he

    PIEWAHID:Koi setuju apa saudara cakap tu..sapa makan cili bior dia terasa pedasnya..

    BalasPadam
  10. baik hati MB pahang..
    sungguh prihatin atas kesusahan rakyat..

    BalasPadam
  11. sporting abis la makcik tu boleh pose camtu. gembira dan syukur atas bantuan yang diperolehi.

    BalasPadam
  12. koi setuju ngan aok. Pusat2 zakat nih pun kena pantau gak betul2.

    BalasPadam
  13. lepas lah untuk dua tiga bulan..

    BalasPadam
  14. Senyum manis Wan tu yak...

    BalasPadam