Orang Gaji Baru Kita..


Pembantu rumah Mindanao untuk majikan Islam

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam Malaysia akan dapat menggaji pembantu rumah beragama Islam dari Mindanao, Filipina, tidak lama lagi.

Ini berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak berkuasa Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan sekumpulan 20 agensi pembantu rumah asing dari Malaysia (G20) di sini hari ini.

Pengerusi G20, Datuk Raja Zulkeply Dahalan, berkata kerjasama itu akan membolehkan mereka membekalkan pembantu rumah berkualiti dengan bayaran yang munasabah, selain memenuhi permintaan d"Kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah beragama Islam dari negara seperti Vietnam dan Kemboja. Menerusi program ini, ramai pembantu rumah beragama Islam dapat dibawa ke Malaysia untuk bekerja dengan majikan beragama Islam," katanya kepada selepas majlis menandatangani MoU itu.

Sementara itu, Setiausaha Jabatan Buruh dan Pekerjaan ARMM, Myra Mangkabung Alih, berkata program itu akan membantu banyak keluarga dalam wilayah ini untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Kanak-kanak Mindanao sedang berdoa..

"Berdasarkan statistik pada 2006, 55 daripada 100 keluarga di Mindanao adalah miskin dan jumlah itu semakin meningkat setiap tahun. Melalui program ini, kami berharap dapat menyediakan pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik kepada lebih ramai orang," katanya. aripada majikan beragama Islam.

Beliau berkata, sejumlah 6,000 pembantu rumah terlatih akan diambil bekerja di Malaysia setiap tahun dan pengambilan akan bermula penghujung bulan depan dan kedua-dua pihak masih membincangkan kadar gaji yang bersesuaian.

- Bernama


****Koi setuju amat perkara ni berlaku..bukan mende..macam-macam citer kita dengo ler nih pasal pembantu rumah orang indon..bukan membenci mereka..tapi mereka ni dah pandai demand..letak rega..servis makin hari makin tak bagus..lagi naya cam abang koi duduk JB dah tak larat nak tuko maid..selalu jer buat hal..mereka ni(orang gaji indon) pandai buat trick..bila dah pandai sket lari buat keja lain..yang ruginya kita majikan lah..rugi membayo duit deposit la..levi la tak apa mende lagi...bila dah tuko ke bangsa Moro ni koi rasa mereka ni dah biasa susah jadi peluang yang ada ni mesti mereka hargai..idoklah memandai nak lari..di samping dapatlah kita membantu saudara islam kita di sana secara tak langsung yang menghantar duit kat family mereka di sana...moga perkara ini menjadi kenyataan.......

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 04, 2010

1 Komen:

  1. Koi setuju sangatlah. Biar merasa sikit minah2 Indon ni. Dahla ada yang pandai mencuri, kaki auta banyak, wayang kuat. Demand nak lebih mengalahkan rakyat Malaysia sendiri, org kita sendiri pun gaji ada yang rendah dari indon2 ni, dorg senang2 nak minta naik lagi gaji. Bagi peha, nak betis.

    BalasPadam