Moh Kita... Bersedekah Pada Diri Kita Sendiri





Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya :
 
1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu'alla.
2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka'ab.
3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.
4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.
5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.



****Koi terbaca article ni jadi nak la berkongsi ngan aok me..selalu amat kita bila dengar kematian kita akan bersedekah Al-Fatihah pada si mati..eloklah gitu..tapi memandangkan banyak kelebihan surah ni eloklah kita bersedekah surah ni pada diri kita sendiri sementara kita masih boleh membacanya...yang baik jadikan amalan...
Wallahualam....



N39G85EQZ8DD
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 09, 2010

1 Komen: