Hidup Jangan Mencuri..

Gambar Hiasan


453 hari guna air curi, suri rumah diarah bayar RM163,862

KUALA LUMPUR: Selepas 453 hari menikmati bekalan air percuma menerusi penyambungan haram daripada pili bomba, seorang suri rumah semalam diperintahkan oleh mahkamah supaya membayar RM163,862.78 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai ganti rugi.

Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah terhadap Liew Lai Yin, 36, selepas mendapatinya bersalah menggunakan bekalan air Syabas yang dirawat tanpa kebenaran di rumahnya di Kampung baru, Salak Selatan.

Dia juga diperintah membayar kos kehilangan pili bomba sebanyak RM5,000.

Sumber:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100213004657/Article/index_html




****Bercerita bab air bersih ke rumah yang dibekalkan SYABAS di kawasan Selangor ni rasanya ....setakat yang pakai sendiri macam koi dengan keluarga seharian..idoklah banyak mana..bil air koi sebulan duduk apartment yang bermeter sendiri ...dalam sebulan RM12.00 jer...untuk pengetahuan semua koi bermastautin di Ampang Selangor ni dah 11 tahun lebih... bab bil air memang murah..mungkin jenis koi pun suka berjimat.koi didik anak-anak guna air jangan suka membazir...ditambah lagi sejak kerajaan baru PAKATAN memerintah Selangor... air percuma 2 kubic ..(tak tahulah goner di kira)...rasanya dalam RM12 lebih sket..jadi bila bil sampai koi tak pernah membayo sebulan lebih dari RM5 ...bersyukur apa yang koi dapat tak kiralah dari siapa..orang ikhlas nak bagi..ye dok?..Pengajaran dari petikan akhbar tadi ..nape nak mencuri kalau kita masih mampu membayo..?? Melainkan kita ada niat tersembunyi yang lain...Wallahualam...

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 13, 2010

2 Komen:

  1. Kalau di Pahang bab mencuri air amat beberluasa minta maaf cakap terutama kawasan felda potong pagi tengah hari sambung dah, kadang sedang molek pengkuasa tinggal asap kerete.. dema sambung dah... pada hal kalau dibayar rata2 penggunaan sekitar RM3.00 -RM 20.00 ringit sahaja takkan tak manpu nak bayar ya dok?

    Kadang mikir juga kalau kita org islam duk guna air buat mandi junub, buat ambil air sembahyang makan dan sebagainya.. goner perasaan dema agaknya?

    BalasPadam
  2. tak tahu nak kabo Yassin..betul cakap aok tu..apa perasaan bagi anak bini makan minum menda haram nie...

    BalasPadam