5 tan gula dirampas dari kedai runcit
NILAI: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PKPDK&K) Negeri Sembilan hari ini merampas lima tan metrik gula pasir kasar bernilai kira-kira RM8,250 dari sebuah kedai runcit di Taman Semarak di sini.
Timbalan Pengarah PKPDK&K Negeri, Mohd Nor Musa, berkata rampasan tersebut dibuat hasil aduan orang ramai bahawa kedai itu menjual gula pada harga RM1.80 sekilogram yang melebihi harga yang ditetapkan iaitu RM1.65 sekilogram.
"Kita telah menghantar dua orang pegawai kita untuk menyamar bagi membeli gula di kedai ini dan resit yang dikeluarkannya memang tertera harga RM1.80 sekilogram," katanya kepada pemberita di premis berkenaan.
Sumber:www.bharian.com.my
NOTA KAKI: Ginilah gayanya bila kerajaan ambik balik subsidi rakyat..kita semua mengharap lah boleh bantu kerajaan menaikkan pendapatan negara...gaji kakitangan kerajaan boleh naik..bonus ada..sekolah dapat peruntukan lebih untuk anak-anak kita nak belajar selesa..dan berbagai lagi lah yang dapat di buat bila kerajaan ada duit...yang hampurasnya..peniaga sebegini lah ...gula stock lama dia sorok..bila permintaan meningkat dia jual rega tinggi lebih dari yang kerajaan hadkan ..memandai jer dia naikkan ..memang eloklah diambil tindakan begini..selalu menangguk di air yang keruh..eloknya hukuman lebih berat puok nihh...menyusahkan orang ramai jer..koi kat kolumpo ni pun selalu kena gula di catu..pergi tesco ke mana ada limit beli gula 2 kampit sorang jer..
0 Komen:
Catat Ulasan