1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Sumber:mStar
****Itulah senarai terbaru orang yang terkaya di Malaysia yang baru di keluarkan hari ini..antara 10 orang terkaya di Malaysia ni adalah sorang yang melayu islamnya..duduk pada kedudukan ke-7...berdasarkan perkiraan yang telah di buat aset dia ada dalam RM6 billon...jumlah yang amat banyak pada orang yang macam kita ni...ada pengalaman dalam keluarga koi berjumpa dengan Tan Sri ni..adik ipar koi yakni adik orang umah koi berasal dari Alor Star nuh..rumah bapa mertua koi seberang jalan dengan rumah Tan Sri ni di Jalan Sultanah Alor Star atau lebih dikenali di sana sebagai "Jalan Day"..rumah Tan Sri ni sebelah masjid Sultanah Bahiyah tempat koi akad nikah ngan orang umah koi dulu..he he..yang moleknya sikap Tan Sri ni bumbung rumahnya dibuat rendah sikit dari bumbung masjid..petua orang tua-tua nak berkat hidup bumbung rumah jangan tinggi dari bumbung masjid baru baik (koi dengo orang tua sebelah utara ni cerita la)..berbalik pada cerita adik ipor koi tu..masa mula-mula dapat tawaran ke universiti dia ada bertemu dengan Tan Sri ni..konon nak mintak kalau ada biasiswa ke apa memandang Tan Sri ada Yayasan Al Bukhary yang gah tu...beliau sambut baik anak melayu yang berjaya ke U ni..memang tak simply dia nak bagi biasiswa tapi bila dah jumpa tu dia bagi jugak duit dalam bentuk zakat atas dasar "fisabilillah" dapatlah adik ipar koi dalam RM 1000..suka amat la budak tu..habis dicerita kengkawan dia..semua yang dapat surat tawaran pun pergi mintak dapat Rm1000 sorang..berdasar cerita orang kampung,jiran tetangga Tan Sri ni beliau memang tak lokek bab bersedekah dan beramal..lebih lagi Yayasan beliau YAYASAN AL -BUKHARY tu terlalu amat banyak dalam membantu golongan miskin..ibu tunggal dan berbagai golongan lagi..jadi gonerlah kita gamoknya jika jadi kaya sebegitu??..Adakah kita masih seperti ini? atau menjadi orang lain sama ada lagi baik atau sebaliknya?..Wallahualam..
alhamdulillah..
BalasPadamzakat menyuburkan harta!
kita pun kaya jge en zul, w/pun xkaye harta mcm dia..
PIEWAHID:kita masih kaya dengan budi bahasa...
BalasPadamklu 9 orang lagi tu dapat hidayah.......barangkali dapat membantu menegakkan kedaulatan Islam di Malaysia.....mungkin lebih hebat dari yang dapt Islam secara keturunan macam koi ni........
BalasPadamPakcik Kayoo..tapi nampak susah juga jadi orang orang kaya ni..jadi perhatian penyangak..hidup 24jam dipantau..
BalasPadamMANKARAQ:Harap begitulah sema boleh dapat hidayah Allah swt..
BalasPadamRELEVEN: Betul jugak..anak nak ke sekolah pun nak kena pakai body guard..takut kena kidnap..penyamun sekarang peka.byk dah kes berlaku..
salam zul. syukur ada juga orang melayu dan islam yg kaya billionare ni w/p tangga 7.kaya macam tan sri ni kaya dan pemurah sebab tulah berkat.betul kita pun 'kaya' juga he..he.. kaya anak dan famili. susah juga jadi kaya ni ya terutama zaman sekrang....agaknya anak2 depa ni 24 jam kena ada body guard kot. apa pun zul kita bersyukur dengan apa yg kita ada. jangan pandang kelangit tapi tunduklah kebumu-i baru rasa amat2 bersyukurkan.
BalasPadamTerima kasih mak cik yam..kata-kata tu akan saya ingat kalau saya jadi kaya harta satu hari nanti..amin..
BalasPadambiar miskin harta...janji hidup bahagia selama2nye...
BalasPadamCikgu Jang..koi setuju dgn aok tu..tapi zaman ler ni kena ada kerja ngan duit simpan gak..lebih menjamin bahagia..he he
BalasPadamNo. 1 dengan no 2 tu bezanya sekali ganda,no,2 dgn no. 3 beza pun sekali ganda. no.7 dgn no.1 tujuh kali ganda.
BalasPadamAslmkm Zul.
BalasPadamTerima kasih kerana ikut Kak G.
Kak G mmg gembira dgn sikap org kaya yg selalu serba sederhana, cuma bilangan golongan ini amat jarang sekali ada. Tp amat ramai bersaksi bahawa Tuan Syed adalah salah seorang dlm golongan yg istimewa ini. Alhamdulillah.
saya bekerja di salah sebuah group company syed mokhtar, dia ni mmg suka beramal..terutamanya time bulan puasa..itu yg dinamakan keberkatan..
BalasPadamTan Sri Mokhtar Al Bukhary adalah Idola saya.
BalasPadam