Gambar Hiasan
Gaji baru polis diumum hari ini?
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan akan mengumumkan kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke atas, yang mampu meningkatkan taraf hidup anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok.
Melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.
Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.
Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.
Sumber:http://www.utusan.com.my/****koi setuju amat mende ni..di harap akan menaikkan semangat anak muda kita untuk menyertai bidang kepolisian..bukan sekadar hanya pekerjaan terakhir jika tiada pekerjaan lain malah menjadikan pekerjaan ini sebagai kerjaya yang di minati di samping mencurahkan bakti buat nusa dan bangsa...tahniah....
naik gaji maka kena la naikkan sekali tahap profesionalisma..
BalasPadamJangan jadi pak turut kepada kerajaan yang ada bain pusat mahupun negeri..
Polis Diraja bukan Polis Perdana Menteri mahupun Polis Menteri Besar..
hmmm.. apsal Polis bawah KDN ye?
wallahua'lam
terima kasih atas komen saudara..
BalasPadam