Salam semua..Ceritanya sebenornya berlaku semalam hari jumaat...koi asyik teringat nak tulis ke idok...last koi fikir apa salah kita kongsi di sini...ceritanya bermula semalam koi solat jumaat di Masjid Ubudiah,Ampang Tasek Tambahan...biasa koi solat di masjid As-Syakirin KLCC..tapi selalu koi suka solat Jumaat di Masjid Ubudiah ni bila berkesempatan..tak tau nape? Ada "seri" orang kabo..dari segi tazkirahnya sebelum solat jumaat tu..
Hari itu isi utama khutbahnya memanglah berkisar akan sambutan maulidur rasul yang akan datang yakni jumaat depan 26 haribulan februari nanti..disamping tu koi tertarik bila khatib sentuh tentang sambutan hari lahir dalam islam ni..baginda Rasullullah SAW kita menyambutnya setiap hari isnin bila di tanya sahabat baginda..bagaimana? Dengan berpuasa setiap minggu pada hari isnin..jadi kita ni bila menyambut terlebih makan..takut jatuh haram pulok..lagi bercampo gaul lelaki perempuan..pandai-pandai la yek?Koi berpesan pada diri koi dan berkongsi sesama kita..
Sebelum solat tu iman dah pesan pada jemaah bahawa hari ni ada jenazah yang menanti untuk disolatkan selepas solat jumaat..3 minggu sudah juga kebetulan koi solat di masjid yang sama juga ada jenazah..kebetulan pun jenazah perempuan dewasa meninggal sama macam sebelumnya...jadi lepas solat tak sempat berdoa imam dan makmum terus membawa jenazah yang tadi di letak di bahagian belakang sekali untuk di solatkan di depan.
Yang menghairankan koi, boleh kata hampir kesemua jemaah yang tadi solat jumaat semua merapatkan diri untuk memulakan solat jenazah berbeza amat dengan yang 3 minggu lepas dan sebelumnya.. memang koi dah selalu solatkan jenazah (sebagai makmum jer..) lebih menarik lagi kali ini solat jenazah ini diimamkan oleh anak lelaki simati..
Selepas solat jenazah itu di bacakan doa oleh si anak tadi..begitu menyentuh perasaan betul..dalam tak sedor menitik air mata koi..insaf dan betapa bertuahnya seorang ibu yang menemui tuhankan setelah meninggalkan anak yang akan mendoakanya bila dia sudah tiada..alhamdulillah koi bersyukur amat..bila melihat betapa sopan nya si anak bersalam dengan jemaah dan mengucapkan terima kasih pada jemaah yang sudi mengsolatkan jenazah ibunya..
Begitulah hiba rasa hati koi dalam keadaan itu menaruh juga harapan agar satu hari nanti anak lelaki koi pun dapat melakukan sedemikian..itulah koi nak kongsi ngan aok me bagaimana penangan dari "doa seorang anak yang soleh"......Wallahualam.
Wassalam.
Alhamdulillah sungguh si ibu itu mendapat anak semacam itu sejuk perut ibunya masa mengadungkan dia gamaknya.
BalasPadamsalam zul. bertuah dan beruntung emak mendapat anak sedemikian.jarang nak jumpa anak yg mampu menimamkan solat jenazah orang tuanya. alhamdulillah .
BalasPadamalhamdulillah...
BalasPadamYassin:Begitulah koi rasa..sejuk arwah mak mengandung hingga ke akhirat..insyaallah..
BalasPadamMak Cik Yam:sesamalah kita berdoa agar anak-anak kita pun begitu jua nanti..amin
zul
BalasPadamkita difahamkan dari sabda junjungan, bila berpisahnya roh dari jasad anak adam, 3 perkara yg membantunya di barzakh. anak soleh yg mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu berguna yg dimanfaatkan orang lain. bertuahlah mereka yg tergolong dalam kelompok ini.
semoga dipermudahkan segala nya
semoga anak kita terdiri dr kalangan yg soleh dan solehah...amin
BalasPadamsalam zul.. begitula kita hendaknya.. harap-harap anak-anak kita macam tu la... dapat mendoakan kedua ibu bapanya... maklum la.. bila meninggal seorang anak adam maka terputus lah hubungan dgan dunia..kecuali 4 perkara...amalan yang baik sedekah jariah.. ilmu yang manafaat..anak yang soleh.. mendoakan kesejahteraan nya... allahuaklam...
BalasPadamTerima kasih Semua yang memberi komen..amat berguna buat pedoman hidup..
BalasPadammesti lapang dada arwah si mati tu bile ank sndrk yg imamkn solat jnzh dia..
BalasPadamalhamdulillah........sungguh bertuah si ibu tersebut.
BalasPadam