Aok Pakai Minyak Wangi ape?




Pelajar perempuan dakwa dipukul guru kerana minyak wangi

KULIM 8 Feb:Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah (SM) Lubuk Buntar dekat sini mendakwa dipukul seorang guru lelaki semasa dalam kelas pagi semalam kerana bertanya sama ada guru itu memakai minyak wangi.

Pelajar berusia 13 tahun itu berkata, dia mengalami bengkak pada bahagian kepala akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan buku teks, dan telah mendapat rawatan di Hospital Parit Buntar.

"Semasa cikgu sedang menulis di papan hitam, cikgu bertanya ada sesiapa dalam kelas yang memakai minyak wangi dan tiada siapapun yang mengaku, dan saya kemudiannya bertanya adakah cikgu memakai minyak wangi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Gula dekat sini hari ini.

Pelajar itu berkata, guru terbabit marah dengan pertanyaan beliau dan menghentak kepalanya dengan buku teks sebelum mengetuk kepalanya dengan tangannya.

Katanya, setelah pulang ke rumah pada 3 petang, dia mengadu kepada bapanya, Zakaria Mamat, 50, yang membawanya ke Klinik Kesihatan di Bagan Samak di sini sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Zakaria pula berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu malam tadi.

 Bernama

Bila koi membaca ni teringat zaman koi sekolah menengah dulu sekitar tahun 80an..zaman tu jangan cakap nak tanya cikgu pakai minyak wangi apa....nak tanya soalan tentang pelajaran pun takut kat cikgu ..takut salah tanya nanti kena marah la pulok..he he..budak ler nih berani betul..cikgu tanya dia ...dia tanya cikgu balik...agok koi cara dia bertanya tu macam perli cikgu tu..memandangkan cikgu pun manusia biasa tak lari dari rasa marah ..maka kena la budak tu..tapi dah kena adu ni menjawab la cikgu ni..mau terganggu reputasi kenaikan pangkat ke apa...realitinya koi simpati kat warga guru...Wallahualam...


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 08, 2010

4 Komen:

  1. koi stuju ngat dgn smue pndapat aok... kes kurang ajor la tu jwbnya. keknyer mmg cikgu tu kena mjwb..!

    BalasPadam
  2. salam.kesian kwn kat bodok tu.pase minyok wangi pun kene bahan.kwn rase die menyindir cikgu tu @ ngajuk cakap dia.tp kwn sedih gok kat cikgu leni.deme doh takdok kuase nok hukum anok murid.skrang ni keh saman menyaman je.kalau zaman kite dulu,kene ngan cikgu,balik rumoh kene ngan mak@ayoh pulok.tp cikgu pun kena gok kontrol kemarahan,sbb kalau mende tjadi.orang nyalohkan cikgu dulu.cite bak cikgu ni kwn tringat cikgu kesukaan kwn,name die cikgu sirajuddin,ngajor sejaroh,asal kg kechor tui lepeh.

    BalasPadam
  3. Piewahid dan Pacifist..terima kasih atas komen aok berdua..memang betul ada pro dan kontra baik cikgu tu mau pun anak murid tadi..harap diselesai cara baik lah kita orang melayu islam boleh tolak ansur..

    BalasPadam
  4. Susah bila mak ayah
    lebih mempercayai anak-anak
    dari guru ni..dan susah bagi
    para guru nak jadi pendidik
    maka bersabarlah kalian..

    BalasPadam