Murtabak Mengkasar






Salam semua..Bila tiba bulan Ramadhan, bercambahlah kedai mahupun warung yang menjual murtabak seperti cendawan lepas hujan..Ada murtabak daging,ayam,telur dan sebagainya.Saya suka beli murtabak yang di jual di bazar ramadhan di Ampang Tasek,kerana dekat dengan rumah selain harganya yang murah Rm1.50 je sebiji. 

Di samping rasanya yang sedap membuatkan keluarga saya menjadikan hidangan ini hidangan harian di bulan ramadhan.Juadah ini selalunya di jamah dahulu  sewaktu berbuka sebelum kami sekeluarga solat maghrib berjemaah.Selepas solat barulah makan makanan yang agak berat seperti nasi dan sebagainya.


Murtabak Mengkasar Taman Sri Rampai Setapak



Bercerita bab murtabak ni ada satu kedai di Taman Sri Rampai ,Setapak Kuala Lumpur menjual murtabak resepi istimewa yang dijual sejak generasi terdahulu di Pekan Pahang..khabarnya murtabak ini juga menjadi kesukaan Perdana Menteri kita kita,Dato'Sri Najib Tun Razak kerana resepi asalnya di katakan datang dari Pekan Pahang..Saya selalu pergi kesana sebelum Ramadhan kerana tak jemu memakannya.

Memang sedap..,walaupun harganya agak mahal kerana resepi yang istimewa selain dari saiznya yang agak besar.Buat satu keluarga seramai 4 orang rasanya satu biji sudah mengcukupi.Kena cuba,sekali cuba pasti nak rasa lagi ni...Pada sesiapa yang tinggal sekitar Setapak Kuala Lumpur serta berminat nak rasa bolehlah cuba saya sertakan sekali alamatnya di sini..

Murtabak Mengkasar
12-A, Jalan Rampai Niaga 4
Medan Niaga Rampai
53300 Kuala Lumpur





***kalau tak sedakk kabo ke koi..
kalau sedakk kabo ke rodong...

[entri recycle]





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 14, 2010

52 Komen:

  1. Salam.. SAYA??? Bukan KOI ke?? huhuhuhu... Beh la org kl leh rasa murtabak ni even dok kl.. koi dok temerloh ni kempunan lah..

    BalasPadam
  2. ada masa boleh la makan nanti..bawok Yassin sekali..thanks for suppot me in this blog

    BalasPadam
  3. koi pun teringin nak pekena mertabak ni .... boleh la kita g bedal sama-sama na

    BalasPadam
  4. woitt..my friend..anytime bro..he he

    BalasPadam
  5. @zul

    zul hang lama tak nampak
    apa habaq bro?moga sihat selalu

    BalasPadam
  6. @NatraH Rozali

    Cik_N apa kata
    kita pekena lepas raya
    nanti..he he

    BalasPadam
  7. salam,
    wah murtabak, memang kegemaranku ni,
    teringat pulak kisah org rumah pernah menangis kes murtabak yg diidamkan kehabisan semasa mengandung anak sulung kami hehehe
    RM1.50 murah tu, kat sini sudah cecah RM2.00, saiz pun boleh tahan keciknya hahaha

    BalasPadam
  8. salam..
    balik kg ari tu dah makan murtabak.. makan yg biasa jual kt bazar dan makan murtabak di raja sekali..

    BalasPadam
  9. sop tinggal di area setapak (setapak jaya) mmg kawasan sop nih.:)
    boleh cuba murtabak tu nanti..
    murtabak antara makanan yg selalu dibeli dibulan puasa dan anak2 suka..

    terima kasih atas info tersebut

    BalasPadam
  10. masa duk kat pekan dulu biasa lah beli murtabak ni, kalau kat kuantan boleh beli kat Bukit sekilau( sebelah UITM ).

    Sedap nye weiiiii

    BalasPadam
  11. murtabak..jelas sekali antara menu paling popular dan paling laku di bulan ramadhan. dulu beli yang harga RM1 je. paling mahal pun RM1.50. tapi benda baik, harganya mestilah baik.

    BalasPadam
  12. kat tempat saya ade jual murtabak mini.. bagus gakk. tak payah potong2.. sekali ngap je.. n tak la berterabur sangat.. isi pon tak pecah2..

    BalasPadam
  13. Salam,

    peminat murtabak rupanya...teringat masa saya ke Jakarta,dimana mereka mengelarkan murtabak adalah apam balik he3.. bila melihat apam balik mereka panggil murtabak rasa agak kelakar,nak tak nak beli juga sebab dah order...rasanya(apam balik)lebih sedap dari Msia he3..

    BalasPadam
  14. sedapnye murtabak..nk rasa jgk tp jauh lah nk p sana..hikhik

    BalasPadam
  15. Salam zul..kawan duk di jerantut nie pun x penah rasa lagi martabak mengkasar nie :) apapun kat sini ada juga martabak yang best keknya siaz makin kecik :)

    BalasPadam
  16. Panas-panas sedap lagi ni.....

    BalasPadam
  17. Salam sdra..

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Bolehlah saya gi cari nanti kebetulan ada kat KL ni..:)

    BalasPadam
  18. wah bro cam best je murtabaknye =)

    BalasPadam
  19. salam...
    wah.. terliur saya..
    sedapnya... saya suke martabak ayam..
    boleh leka tengok orang tebar adunan martabak kat kuali... suke tengok orang masak..

    Puding Kuah

    BalasPadam
  20. Ingatkan salah eja tadi....
    Hehehehehe....

    BalasPadam
  21. salam zul..
    Lama dah x pergi sana..sekali tu jela masa kita makan sama-sama..murtabak ni memang sedap.

    BalasPadam
  22. Salam, saya pun suka murtabak. Di sini RM2 sekeping. Rasa biasa je. Kalau nak sedap kenalah buat sendiri.. :)

    BalasPadam
  23. salam akhi Zul...

    kebetulan anak2 dok sebut nk makan Murtabak juga , nmpknya esok kena gi cari le juga...

    tp nk gi ke sana jauh gak tu...cari kt bazaar sini je ler..

    nk tanya , waktu selain bln puasa diorang jual x murtabak tu?

    BalasPadam
  24. kome bulan tak puasa pun pergi sokmo ke pekan tu semata-mata nak makan murtabak diraja nihhh...ape tah lagi bulan puasa nih...

    memang mahai sikit laaa

    biasa punya RM6 hinggit

    speselll punya RM9 hinggit

    BalasPadam
  25. mmmmph... anok2 koi pun suka sgr murtabak!
    nampok gayanya tak susut2lah badan memasing lps pose ni...

    BalasPadam
  26. sedapnya.... kena cari nie...

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama14 Ogos, 2010

    kalau kualitinya bagus, dagingnya banyak, rasanya umph, memang orang akan cari lagi

    BalasPadam
  28. salam aok,

    koi tak sempat lagi mkn martabak puasa ni, tak g bazar sekali lagu pun, huwaaa.. rindu gak nih
    esok2 nak kena beli lah. tapi kalau sedap okay lah, ada ke murtabak mengksar kat area nih, nak g setapak malas , jauh........ huwaaa...

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum.
    Bercerita bab murtabak ni, teringat masa kat Kelantan suatu ketika dahulu... murtabak diraja.
    Sedap sehingga habis dimakan.
    Salam Ramadhan.
    TQ

    BalasPadam
  30. Salam,
    Murtabak ni memang pebret kami sekeluarga. Tadi pun sempat dua beli. Anak-anak makan ni dulu baru makan nasi

    BalasPadam
  31. salam
    tak suke sgt mtabak ni
    tp beli utk mak dan abah jelh

    BalasPadam
  32. saiz macam murtabak singapore..cuma rasa org muo tak pasti..walauapapun resepi asas hampir sama cuma rasa pasti berbeza..semuanya sedap

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama15 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    Hmmm, bagi free promo ke?
    Kak G biasa makan semasa lewat sana dulu, tapi kalau saja2 nak p makan tu malas la kot. :)
    Rasanya mmg majoriti setuju martabak ni salah satu makanan kegemaran warga Msia.
    Kat pasar Ramadhan TTDI pun ada beberapa gerai menjualnya ... paling panjang queue ialah gerai Raja Martabak! Aduh ... malas ler nak join! :)

    BalasPadam
  34. salam..
    boleh tahan murtabak tu..
    tebal pun tebal..hehe..
    berbaloi dengan harga nya kan. :)

    BalasPadam
  35. Murtabak Raja...harganya RM8...Raja pun minat. Kalu bulan posa ni alamat selamat miss lah.

    BalasPadam
  36. mmg penah dengar pasal murtabak ni.. kat setapak rupanya..kami nak try ler..tq.

    BalasPadam
  37. murtabak memang laku bln puasa ni..x kire la murtabak pe skli...

    BalasPadam
  38. RM1.50?.murah sgt murtabak tu..kat tempat sy yg jauh mcm tempat jin bertemdang ni pun tk dapat harga mcmtu..paling murah[un RM2.00.

    BalasPadam
  39. murahnya rm 1.50
    kat sini rm 2.50

    BalasPadam
  40. Buka puasa makan murtabak hari-hari? Tak jemu ke? Betul-betul sedap tu

    BalasPadam
  41. salam,

    kekadang saya sampai juga ke taman sri rampai tapi tak perasan pulak restoran tu tapi kalau dah ada alamat boleh cari la nanti..

    BalasPadam
  42. jarang ada murtabak semurah itu bro koi..bgusla ada peniaga yang tak mementingkan keuntungan

    sebaliknya kualiti yang bgus

    "Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower"

    BalasPadam
  43. Wah..nampak mnyelerakan bro tngok time ptang2 ni,x sabar menunggu waktu berbuka,dugaan hehe

    BalasPadam
  44. Singgah dekat sini tapi ternampak Murtabak ni... kalau tak silap, benda ni dipanggil murtabak jawa dekat sini..

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama15 Ogos, 2010

    nyum2 sedapnya ;)

    BalasPadam
  46. RB memang penggemar tegar murtabak.. memang sedap..
    tambah kalau ada berempah plak..
    uishh.. sedap sampai menjilat pinggang.. hehe

    BalasPadam
  47. @RedBoy Bukan alang yer Redboy, sampai menjilat pinggang.. hehe

    BalasPadam
  48. @Anak Ulu Cheka

    koi kalau beli
    sedakk..rega pun lupa
    he he..

    BalasPadam
  49. teringin nak makan..
    dah lama x makan

    BalasPadam
  50. SSalSalam En Zul,

    Sweetie buat murtabak sendiri, hasil mempunyai rakan di blog2 masakan. Tapi hendaknya juga rasa murtabak mengkasar ni.

    BalasPadam