Mulut berbau


INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

* Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
* Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.



Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:


1) Minum teh

Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba

Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.


Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20100131090858/Article


***bab mulut berbau ni memang koi tak boleh tahan..lebih lagi bila berhadapan dengan customer jenis mulut berbau ni..perghhhhhh...mau nak muntah..he he
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 31, 2010

4 Komen:

  1. bagus info ni..
    errr memang kalau terpaksa deal gan orang yg ada masalah mulut berbau.. memang payah..
    kena tahan nafas lah jawabnya..
    takkan nak tegur dia pulak kan..
    hehhe

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27 Ogos, 2012

    Fantastic Article, it is a breath of fresh air to find some worthwhile writing
    on the internet, I am greatly pleased to encounter a blog that is not full of the usual drivel, many thanks.
    Feel free to visit my webpage - heel lifts insoles

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27 Ogos, 2012

    Such a refreshing change to find some decent content for
    once, I am getting sick of the absolute drivel I find
    daily, thanks.
    Feel free to surf my blog post ; height insoles

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama31 Ogos, 2012

    Excellent post, it iѕ great to find insightful content onlіnе, I am really grаteful to disсоver
    а blog that iѕ not full of the ubiquitous
    garbаge, many thanks.
    Review my web-site ; orthotic arch supports

    BalasPadam