Kanak-kanak lelaki cedera parah kaki tersangkut di eskalator
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Utama di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu.
Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu selepas mendengar jeritan ibu mangsa.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/
****Nasihat koi pada yang selalu bawak anak membeli belah berhati-hatilah..kesian ke budak tu bila kaki sangkut gini..bila jadi begini memasing salah sesama sendiri..yang pihak pengurusan pusat membeli belah dah tentu salahkan mak budak tu..yang mak salahkan escalator tu..yang orang ramai salahkan budak tu..mungkin nakal sangat ke?? habis sampai bila nak menyalah sesama sendiri..hari ni kebetulan koi ada melihat satu "mat saleh" ikat anak pompuan dia macam orang ikat anak anjing..sekarang barulah koi tau apa sebabnya...persoalan koi sudah terjawab...
0 Komen:
Catat Ulasan